Assalamualaikum wbt.
Di artikel ini saya himpunkan beberapa artikel yang berkaitan dengan Islam terutama artikel yang menjuruskan hubungan antara Islam dan Sains. Di mana, Allah swt melalui lidah Rasulullah saw telah memberikan beberapa fakta mengenai kejadian alam semulajadi lebih 1400 tahun dahulu di mana ia cuma dibuktikan melalui penemuan Sains 200 tahun kebelakangan ini.
Ini menandakan bagaimana Allah swt telah memberitahu manusia ilmu - ilmu tentang kejadian alam serta mengajar manusia bagaimana untuk menjadi khalifah lantas berupaya untuk mentadbir dan menguruskan alam sesuai dengan amanah yang diberi oleh Allah swt.

“Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat “Aku ingin menempatkan seorang khalifah di muka bumi”. Para malaikat berkata “Mengapa Engkau mahu menempatkan di situ makhluk yang akan melakukan bencana dan menumpahkan darah (berperang) sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan memuliakanMu”. Kata Tuhan “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang engkau tidak ketahui”. Dan Tuhan mengajar Adam segala nama-nama benda (serta kegunaannya). Kemudian diperlihatkan kepada para malaikat lalu Tuhan berkata kepada para malaikat “Sebutkanlah kepadaKu nama-nama semua ini kalau memang kamu daripada golongan yang benar. Jawab malaikat “Maha Suci Engkau. Kami tidak mengetahui melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Tuhan berfirman “Wahai Adam sebutkanlah kepada mereka nama-nama semua ini”.Setelah Adam menyebut semua nama-nama itu, Tuhan berkata “Bukankah Aku sudah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala hal yang tersembunyi di langit dan di bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu rahsiakan”. (surah al-Baqarah ayat 30-33: )
Kebanyakan artikel di dalam BLOG ini adalah salinan dari blog-blog lain di mana sumbernya ada saya tuliskan di akhir setiap artikel.
Saya ingin mengingatkan terutamanya kepada diri saya dan para sahabat agar tidak menerima sepenuhnya sebarang fakta di dalam BLOG ini TANPA diselidiki terlebih dahulu akan kebenarannya.
Saya memohon maaf andai terdapat mana - mana kesalahan dari segi fakta, tatabahasa mahupun dari segi ejaan yang terdapat di dalam blog ini.
Saya juga memohon maaf andai terdapat pihak yang tersinggung akibat dari artikel yang diterbitkan.
Sesungguhnya segala yang baik adalah nikmat dari Allah, dan yang buruk adalah akibat dari kelalaian, keburukan dan kelemahan kita sendiri. Semoga dirahmati Allah sentiasa.
Sang Perindu Yang Curang