HALAMAN

Rabu, Julai 06, 2011

KHASIAT DAN KEBAIKAN CUKA EPAL








HADITH

Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Cuka! pencelupan* yang terbaik. ” [ "Minuman": Shahih Muslim. 1051].

Mencelupkan: tindakan memasukkan sesuatu ke dalam suatu cecair seketika; misalnya Dia mencelupkan roti ke dalam cuka; dia melembutkan roti ke dalam cuka dan memakannya.

Bahkan, cuka ini mengandungi sejumlah kecil protein dan kanji; tidak hanya itu, ia mempunyai unsur-unsur dan mineral berikut: natrium, kalium, kalsium, magnesium, fosfat, besi, zink dan klorida.

Dalam sebuah buku tentang kebaikan cuka epal oleh Dr Morris Hansen dan Cyril Scott, dikatakan bahawa cuka epal memiliki sejumlah menafa’at. Cuka epal ini boleh:
1. Mencegah cirit-birit, kerana mempunyai bahan anti-diarrhea
2. Mengaktifkan proses penghadaman dan metabolisme dalam tubuh manusia;
3. Mencegah kerosakan gigi;
4. Membunuh parasit dalam perut, usus kecil dan usus besar;
5. Meningkatkan penghadaman pada mereka yang menghidapi gangguan penghadaman.

Selain itu, berfungsi sebagai pembersih/pencuci untuk usus.
Juga boleh digunakan untuk berkumur membersihkan mulut dan tekak dari segala kuman dan bakteria. (Cabutan daripada Perubatan Secara Sunnah)

Rujukan: Tihmaz, AbdulHameed Mahmoud. Empat Puluh Mujizat Saintifik, Dar Al-Qalem
Dengan ehsan Science4islam.com

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=1328

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan