HALAMAN

Sabtu, Mei 15, 2010

Masihkah Terbuka Pintu Taubat Buatku ??






Ketika hari menjelang petang, seorang wanita berjalan di dalam keadaan terhuyung hayang. Pakaiannya yang bewarna hitam menggambarkan bahawa dia di dalam keadaan duka yang mencengkam.

Tudungnya menutup rapat hampir ke seluruh wajahnya. Tanpa sedikit perhiasan pun yang menempel di tubuhnya. Kulitnya putih kuning, pinggangnya yang ramping dan raut wajahnya yang ayu, tidak sedikitpun menghapuskan kesan noda dan keperitan yang sedang melanda dalam hidupnya.


Dalam langkahnya yang lemah longlai, dia menuju ke tempat beristirehat Nabi Musa as. Dengan agak sedikit perlahan, ia mengetuk pintu sambil mengucapkan salam. Tidak lama kemudian terdengarlah jawapan dari dalam yang menyuruhnya masuk.

Di dalam keadaan kepala yang terus menunduk, perempuan cantik itu terus masuk. Dengan deraian air mata yang membasahi pipi, ia berkata : 

Wahai Nabi Allah, tolonglah saya. Doakan saya kepada Allah supaya Allah berkenan untuk mengampuni dosa yang telah saya lakukan selama ini."

Musa bertanya :" Apakah dosa yang telah engkau lakukan itu ?"

Perempuan itu menjawab : " Sangat sulit bagi saya untuk menjelaskannya."

"Katakanlah.. Jangan ragu - ragu." Desak nabi Musa as kepada perempuan cantik itu.

Dalam keadaan yang tergagap - gagap, perempuan itu menjawab :" saya telah melakukan zina."

Mendengar penjelasan dari perempuan itu, nabi musa terkejut, rasa ingin bangkit kemarahannya.

Perempuan itu meneruskan ceritanya :" Dari penzinaan yang saya lakukan, akhirnya membuahkan hasil, saya menjadi hamil. Setelah anak yang saya kandungkan itu lahir, lalu anak itu saya cekik lehernya sehingga ia tidak sempat untuk menikmati kehidupan di dalam dunia ini."

Mendengar penjelasan dari perempuan itu maka berapi - apilah mata Nabi Musa as. Dengan muka yang merah kerana marah, maka nabi Musa berkata :" Pergilah kamu dari rumahku ini, kerana perbuatanmua yang terkutuk itu. Pergi.. !!"

bagaikan petir di siang hari dan bagaikan kaca jatuh ke batu, wanita itu segera bangkit dan melangkahkan kakinya meninggalkan rumah nabi Musa as. Terbayang olehnya, betapa kejinya perbuatan yang telah dilakukannya itu. Dia meratap dan menangis pilu, tidak tahu ke mana hendak mengadu.

Yang terfikir olehnya, sedangkan seorang nabi Allah sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain mahu menerimanya ?

Di dalam keadaan demikian, malaikat Jibrail datang membawa wahyu kepada Nabi Musa as. Kepada Nabi Musa malaikat Jibrail bertanya : " 
Mengapakah engkau menghalau perempuan yang mahu bertaubat dari dosa itu? Tidakkah kau tahu masih ada dosa yang lebih besar dari yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Nabi Musa terkejut lalu bertanya :" Wahai Jibrail. Dosa apakah yang lebih besar dari dosa berzina dan membunuh seperti yang dilakukan oleh perempuan itu ?"

Jibril menjawab : " 
Dosa yang lebih besar dari yang dilakukan oleh masih ada, iaitu dosa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa merasa sesal sedikit pun. Orang yang demikian adalah lebih besar dosanya daripada seribu kali melakukan zina."

Mendengar penjelasan itu, maka Nabi Musa as memanggil kembali perempuan tersebut, kemudian baginda mengangkat tangan dengan khusyuk untuk berdoa kepada Allah swt agar Allah swt menerima taubat wanita itu.

 
Daripada Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. bahawa pada suatu hari baginda menyebut tentang solat lalu baginda bersabda, yang bermaksud:

Sesiapa yang memelihara solat, nescaya solatnya menjadi nur untuknya, ketandaan (iman) dan kelepasan (dari neraka) pada hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang tidak memeliharanya nescaya tiada nur baginya, ketandaan dan kelepasan.
Malahan dia adalah (dikumpulkan dalam neraka yang paling panas sekali) bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalaf. (Hadis riwayat Ahmad, at-Tabrani dan Ibnu Hibban).

Wallahua'lam..

2144
15hb Mei 2010
Klang, Selangor
Malaysia

1 ulasan: