tidurlah wahai anakkupejamkanlah matamulupakan hal dunia ininanti kita bermain lagi
syurga yang indah sedang menggamit dan menantimu di sanaHamparan indah buatmu kekasih Allahdan beburung hijau beterbangan di angkasadi mulut mulut mereka bercahaya gemilang bak mentaridan rahmat Allah sentiasa mengiringi mereka
dunia ini hanyalah sepintas lalu buatmubagai satu mimpi tanpa sebarang kenyataantiada harapan mampu diikutiyang ada hanya janji janji palsudunia yang dipenuhi dengan khayalanandaikata kau berada di siniia akan merosakkan akal keremajaanmudunia tipu daya yang mengelilingimu bagaikan serigalayang akan membawamu ke jalan kesesatan
anakku sayangjanganlah kau menangis lagipejamkanlah matamutidurlah dengan amansenyum dan berbahagialahsemoga Allah melindungi diri mu
tidurlah anakku sayangjanganlah kau risaukan lagi akan nasib dirimubermainlah dan bergembiralah bersama temanmudi taman indah kurniaan Ilahi
usah dirisaukan kami disinikami gembira melihat kau bahagiakami memerhatikan kau bermain dengan keriangandisamping teman yang engkau rinduipara pejuang Allahyang gugur mempertahankan kedaulatan Islam
kerana harapan dan janji Allah itu benarhamparan kebahagiaan dan kesenangan terbentang luasbuat mereka yang menyintai dan merindui Allahbagi mereka yang menyingkirkan dunia yang penuh tipu dayadari hati yang rapuh kerana keredhaan Allah yang mereka cari
diisi asyik cinta yang menikamdiiluti kerinduan yang mendalam
bagaikan pengantin di malam pertamamalam pertama bertemu kekasih mereka..
tidurlah wahai anakku
pejamkanlah matamu
lupakan hal dunia ini
nanti kita bermain lagi
syurga yang indah sedang menggamit dan menantimu di sana
Hamparan indah buatmu kekasih Allah
dan beburung hijau beterbangan di angkasa
di mulut mulut mereka bercahaya gemilang bak mentari
dan rahmat Allah sentiasa mengiringi mereka
dunia ini hanyalah sepintas lalu buatmu
bagai satu mimpi tanpa sebarang kenyataan
tiada harapan mampu diikuti
yang ada hanya janji janji palsu
dunia yang dipenuhi dengan khayalan
andaikata kau berada di sini
ia akan merosakkan akal keremajaanmu
dunia tipu daya yang mengelilingimu bagaikan serigala
yang akan membawamu ke jalan kesesatan
anakku sayang
janganlah kau menangis lagi
pejamkanlah matamu
tidurlah dengan aman
senyum dan berbahagialah
semoga Allah melindungi diri mu
tidurlah anakku sayang
janganlah kau risaukan lagi akan nasib dirimu
bermainlah dan bergembiralah bersama temanmu
di taman indah kurniaan Ilahi
usah dirisaukan kami disini
kami gembira melihat kau bahagia
kami memerhatikan kau bermain dengan keriangan
disamping teman yang engkau rindui
para pejuang Allah
yang gugur mempertahankan kedaulatan Islam
kerana harapan dan janji Allah itu benar
hamparan kebahagiaan dan kesenangan terbentang luas
buat mereka yang menyintai dan merindui Allah
bagi mereka yang menyingkirkan dunia yang penuh tipu daya
dari hati yang rapuh kerana keredhaan Allah yang mereka cari
diisi asyik cinta yang menikam
diiluti kerinduan yang mendalam
bagaikan pengantin di malam pertama
malam pertama bertemu kekasih mereka..
1036
1036
Tiada ulasan:
Catat Ulasan