SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Jumaat, Mei 27, 2011

HARI IBU : Hadiah Terbaik Buat Ibu













Hari ibu yang disambut pada setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.


ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?





BAGAIMANA ISLAM MENGAJAR KITA MENGHARGAI IBU DAN BAPA

Nabi Muhammad saw telah menitipkan beberapa cara untuk memberi hadiah kepada ibu dan bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Perkara ini sudah tentu dapat dilakukan pada setiap hari, tidak hanya pada hari-hari tertentu sahaja setiap tahun. Diantaranya ialah : 


A. KETIKA HIDUP 

a) Setiap hari kita memberi hadiah kepada ibu dan bapa dengan berdoa memohon keampunan bagi mereka terutama selepas selesai solat : 

a.i)  " Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."

a.ii) "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"  ( Surah Ibrahim : Ayat 4 )






B. KETIKA IBU DAN BAPA SUDAH TUA

a) Setiap hari kita memberi hadiah kepada ibu dan bapa dengan melayani mereka dengan baik ketika mereka sudah lanjut usia.

a.i ) Allah berfirman maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata- mata; dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan yang kasar) sekalipun perkataan " Ah", dan janganlah pula engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  (Surah al-Isra' : ayat 23)   

a.ii ) Rasulullah pernah bersabda maksudnya: `Alangkah ruginya… Alangkah ruginya… Alangkah ruginya…! Baginda ditanya: Siapakah dia yang rugi itu, wahai Rasulullah? Jawab baginda: Mana- mana anak yang sempat dengan hayat kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya, (tetapi tidak berbuat baik dan menderhaka kepada keduanya), lalu anak tadi tidak dapat masuk syurga. – (Hadis riwayat Muslim dan Tirmizi)   








C. KETIKA SUDAH MENINGGAL DUNIA

a ) Setiap hari kita memberi hadiah kepada ibu dan bapa dengan menyedekahkan pahala bacaan Al - Fatihah serta mendoakan keampunan kedua ibu dan bapa

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh dan berdoa untuknya.

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)





D. KETIKA DI PADANG MASYAR

a) Kita memberi HADIAH TERHEBAT kepada ibu dan bapa di Padang Masyar sekiranya setiap hari kita mengamalkan ajaran Al Quran.

a.i) “Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus daripada pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini.” (Riwayat AbuDawud)

a.ii) Para penghafaz al -Quran dapat memberikan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya.

Sabda Rasulullah, maksudnya: "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya.Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka.(Riwayat Imam Tarmizi)

# HADIAH APAKAH YANG LEBIK BAIK DIBERIKAN KEPADA IBU DAN BAPA KITA SELAIN DARI PENGHORMATAN DARI ALLAH KEPADA MEREKA BEDUA







ISLAM LEBIH MENGHARGAI PERANAN IBU DAN BAPA

Islam meletakkan penghargaan si anak kepada ibu dan bapanya melebihi dari cara ciptaan manusia. Kesejahteraan atau hadiah ke atas ibu dan bapa hanya dapat diperolehi sekiranya kita menyayangi mereka dan mengamalkan perintah Allah setiap hari, tidak hanya mengikut hari-hari tertentu sahaja. Marilah kita bersama-sama kembali kepada fitrah manusia mengikut panduan yang diturunkan oleh Allah swt, Pemilik Sekalian Alam melalui lidah RasulNya, Nabi Muhammad saw. Semoga rahmat Allah senantiasa terlimpah di atas kita semua.. Insya Allah..

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...