HALAMAN

Isnin, Mei 23, 2011

KESESAKAN NAFAS/DADA BILA BERADA DI LANGIT




Firman Allah SWT Maksudnya: Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (menerima agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki akan Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit (untuk menerima Islam), seolah-olah ia sedang mendaki/naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksaan kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An`aam 6: 125)


Fakta Saintifik:

Pembentukan atmosfera tidak diketahui sehinggalah Pascal membuktikan kewujudannya pada tahun 1648. Dia membuktikan bahawa tekanan udara berkurangan apabila kita mendaki lebih tinggi di atas paras laut. Hanya setelah itu diketahui bahawa udara di lapisan bawah atmosfera adalah lebih padat. Sekitar 50% dari kepadatan udara berada di antara permukaan bumi dan 20.000 meter di atas permukaan laut, dan 90% terletak di antara permukaan bumi dan 50.000 meter di atas permukaan laut.


Oleh kerana itu, kepadatan udara berkurangan secara menegak sehingga udara mencapai kekurangan maksimumnya (tekanan minimum) di lapisan-lapisan atmosfera yang tertinggi sebelum benar-benar hilang di luar angkasa.

Ketika manusia mendaki lebih tinggi dari sepuluh ribu (10.000) kaki di atas permukaan laut, ia tidak mengalami masalah yang serius, kerana sistem pernafasan dapat menangani ketinggian 10.000 hingga 25.000 meter di atas permukaan laut; walau bagaimanapun, jika seseorang memasuki ke ruang angkasalepas, jumlah tekanan dan oksigen mengalami penurunan menyebabkan kesempitan dada dan sesak nafas (dyspnea).

Kemudian, proses bernafas menjadi sukar kerana kekurangan oksigen (kelaparan oksigen) dan sistem pernafasan sepenuhnya gagal, menyebabkan kematian.


Aspek Saintifik Yang Menakjubkan:

Umum mengetahui bahawa ketika ayat Al-Qur’an ini diturunkan, pengetahuan mengenai pelbagai lapisan-lapisan atmosfera masih belum ditemui pada waktu itu. Oleh itu, perkara tekanan rendah dan penurunan oksigen di lapisan atmosfera yang lebih tinggi, yang mana kedua-duanya diperlukan untuk hidup manusia, , juga tidak diketahui.

Orang-orang pada waktu itu tidak mengetahui fakta-fakta ini, sebaliknya mereka percaya bahawa setiap kali orang mendaki lebih tinggi, dia akan merasa lebih tenang dan bahagia dan dapat menikmati keanyaman udara/anginnya.

Ayat Al-Qur’an di atas jelas menunjukkan dua fakta yang hanya ditemui akhir-akhir ini oleh ilmu sains moden: yang pertama adalah bahawa kesesakan nafas (dispnea ) berlaku apabila seseorang mendaki di lapisan atmosfera lebih tinggi kerana kekurangan oksigen dan penurunan tekanan udara.

Yang kedua adalah keadaan kesesakan nafas yang menyebabkan kematian berlaku apabila seseorang mendaki lebih dari 30.000 meter di atas permukaan laut. Ini disebabkan oleh penurunan drastik tekanan udara dan kekurangan oksigen yang ekstrim.

Penting untuk dicatat bahawa betapa keajaiban dari kata ‘mendaki’ yang mengakibatkan keadaan kesukaran ini dan menggambarkan rasa sakit dan penderitaan yang dialami padanya. Ini merupakan petunjuk yang yakin bahawa kata-kata ini benar-benar dari Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Terjemahan artikel: CONSTRICTION OF BREASTS IN THE SKY

http://www.eajaz.org/

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=2584

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan