HALAMAN

Rabu, Jun 01, 2011

JINTAN HITAM (HABBATUS SAUDA’)-PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT






HADITH :

Dari Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda : ‘Pada habbatus sauda’ terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam (maut/mati). (HR. Bukhari & Muslim)

“Tetaplah dengan habbatus sauda’ kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam, dan as-sam itu mati.” (HR Bukhari & Muslim)


FAKTA ILMIAH:

Selama lebih daripada dua ribu tahun, biji jintan hitam telah dikenali dan digunakan sebagai rawatan di banyak negara di TimurTengah dan Timur Jauh . Pada tahun 1959, -Dakhakhni dan rakan-rakannya berjaya mengeluarkan Nigellone dari jintan hitam. Jintan hitam mengandungi 40% minyak yang stabil dan 1,4% minyak atsiri. Ia juga mengandungi sekitar lima belas asid amino, protein, kalsium, besi, natrium, dan kalium.

Di antara komposisi yang paling efektif adalah Thymoquinone, dithymoquinone, thymohydroquinone, dan thymol. Peranan jintan hitam dalam meningkatkan imuniti manusia tidak jelas sebelum 1986, ketika Dr Qadhi dan rakan-rakannya memulakan siri penyelidekan di Amerika Syarikat. Setelah itu, banyak kajian yang dilancarkan di berbagai negara.

Dr Qadhi membuktikan bahawa penggunaan jintan hitamd menguatkan imuniti di mana nisbah T pembantu sel limpa meningkat purata 72% berbanding dengan sel penahan. Juga, ada perkembangan yang cukup besar dalam aktiviti sel pembunuh semulajadi dengan purata 74%.

Keputusan kebanyakan penyelidekan moden menyokong penemuan Dr.Qadhi. Di antaranya adalah hasil kajian yang diterbitkan oleh majalah International Immunity pada bulan Ogos 1995 tentang kesan jintan hitam ke atas sel-sel luaran limpa dan aktiviti sel-sel multi-nucleas darah putih.

Pada bulan September 2000, majalah International Immunity juga menerbitkan kajian tentang pengaruh minyak jintan hitam dalam mencegah cytomegalovirus pada tikus makmal. Minyak jintan hitam telah diuji sebagai bahan anti-virus dan imuniti yang diperolehi semasa tahap-tahap awal penyakit ini diukur melalui penentuan sel-sel pembunuh semlajadi dan hal-hal lain.

Pada bulan Oktober 1999, majalah Eropah mengenai Kanser menerbitkan satu artikel tentang pengaruh Thymoquinone pada kanser perut tikus. Demikian juga pada Mei 1998, sebuah majalah khusus dalam kajian pencegahan kanser menerbitkan satu artikel tentang ekstrak jintan hitam sebagai ubat untuk ketumbuhan kanser.

Pada April 2000, majalah Ethanol Medical menulis tentang kesan toksik dan kesan imuniti ekstrak etanol yang dihasilkan dari jintan hitam. Juga, pada bulan Februari 1995, majalah Medical Plants menerbitkan sebuah artikel tentang kekesanan minyak jintan hitam stabil dan Thymoquinone pada sel darah putih. Banyak kajian-kajian lain yang telah menyokong fakta-fakta ini.
Pokok Habbatus Sauda’
Bunga Habbatus Sauda’
ASPEK KETULINAN SAINTIFIK

Nabi SAW memberitahu kita bahawa jintan hitam adalah ubat bagi setiap penyakit. Perkataan Arab ‘Syifa’ (ubat) datang tanpa ketentuan penyakitnya yang bermaksud bahawa ia adalah kata tidak terbatas yang merangkumi sebahagian besar penawar/ubat.

Ini bermakna bahawa jintan hitam menyumbang kepada penyembuhan setiap penyakit. Secara saintifik telah terbukti bahawa sistem imuniti adalah satu-satunya sistem yang mempunyai kemampuan untuk melawan penyakit dan menghasilkan sel-sel yang membunuh virus.

Melalui kajian dan kerja makmal yang telah dilakukan pada kekesaann jintan hitam, telah ditemui bahawa ia mengaktifkan imuniti manusia dan meningkatkan pengeluaran sel-sel pembunuh semulajadi, sel-sel penghalang, dan sel-sel pembantu.

Ini semua adalah sel-sel limpa yang sangat rumit dan penting. Menurut Dr.Qadhi, pengeluaran sel-sel tersebut meningkat sebanyak 75%. Penemuan tersebut telah disokong oleh kajian yang diterbitkan dalam majalah-majalah lain. Jintan hitam menyebabkan pertumbuhan sel-sel pembantu limpa, peningkatan interferon dan interleukin 1 dan 2, dan imuniti sel tersebut menjadi lebih kuat.

Semua ini menyebabkan peningkatan kemampuan sistem imuniti untuk melawan dan menghapuskan sel-sel kanser dan virus. Ia juga menyembuhkan saluran schistosomiasis. Berdasarkan fakta-fakta ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa jintan hitam adalah ubat bagi setiap penyakit kerana menguatkan sistem imuniti yang bertanggung jawab untuk rawatan penyakit dan melawan virus.

Fakta-fakta saintifik yang disebutkan dalam hadis Nabi (SAW) ini adalah jelas. Tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa mengetahui fakta-fakta ini pada empat belas abad yang lalu, kecuali Nabi SAW. Allah SWT berfirman:
Dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut hawa nafsunya. Tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (QS An-Najm: 3-4)

Terjemahan artikel: BLACK SEED: A CURE FOR EVERY DISEASE
Commission on Scientific Signs of Qur’an & Sunnah

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=3179

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan