SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Isnin, Jun 06, 2011

KEGEMUKAN MENGUNDANG KESAKITAN






Hadith berkaitan kurangkan makan

Nabi Muhammad SAW bersabda “Seseorang tidak pernah memenuhkan karung seburuk perutnya, cukuplah bagi seseorang beberapa suapan untuk membetulkan tulang belakangnya (memperolehi tenaga), jika perlu untuk mengambil lebih, maka satu pertiga ruang untuk makanan, sepertiga untuk air dan sepertiga untuk pernafasan.” [Rujuk hadith riwayat Imam Ahmad, Termidzi, Ibnu Majah dan Nasa’i].

Nabi SAW juga bersabda, “Perut adalah rumah segala penyakit”.

“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud)[1]


Dari Abu Hurairah ra, katanya:
Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut." (Shahih Bukhari)








KEGEMUKAN

Kini kajian sains mendapati bahawa dari sudut kesihatan, kegemukan menunjukkan adanya kecacatan dalam asimilasi makanan kerana lemak yang berlebihan atau tidak berfungsinya kelenjar endokrin. Walau bagaimanapun, faktor keturunan tidak menjadi penyebab kepada kegemukan seperti tanggapan sesetengah orang.

Penyelidekan mengesahkan bahawa kegemukan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh manusia. Sebuah syarikat Insurans Amerika telah menerbitkan statistik yang menunjukkan bahawa semakin meningkat ukuran lilitan pinggang, semakin meningkat penurunan usia manusia.

Mereka yang mempunyai ukuran lilitan pinggang yang melebehi ukuran lilitan dadanya mempunyai kadar kematian lebih tinggi. Kajian juga mengesahkan bahawa penyakit kencing manis lebih dihidapi oleh orang gemuk daripada orang biasa. Kegemukan mempunyai kesan negatif pada organ tubuh, khususnya jantung. lemak yang menggantikan beberapa sel otot-otot jantung dan meneyebabkan ianya tidak dapat berfungsi dengan betul.

Nabi Muhammad (SAW) telah memberi amaran terhadap kesan kegemukan apabila beliau SAW mengatakan “Perut adalah rumah segala penyakit”. Kajian tersebut di atas juga memberi amaran agar tidak menggunakan ubat-ubatan untuk mengurangkan berat.

Cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan menjaga tubuh badan dan sentiasa sihat adalah dengan mengikut arahan dan bimbingan dari Allah yang memerintahkan kita untuk tidak makan berlebihan. Allah SWT berfirman, “Wahai anak-anak Adam! Ambillah perhiasan kamu pada setiapkali ke mesjid, dan makan dan minumlah, dan janganlah kamu berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan “[Al-'Araf 7:31].

Oleh itu, empat belas abad yang lalu Islam menjelaskan pentingnya mengamalkan sistem pemakanan sederhana dan normal yang membawa kepada berat tubuh badan yang sederhana dan seimbang.

Islam mendahului kajian perubatan moden dalam mengingatkan manusia terhadap pengambilan makanan yang berlebihan dan kesan negatif kegemukan. Untuk melindungi sistem pencernaan,

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Punca setiap penyakit adalah makan berlebihan ” [Rujuk Eljamie Elsageer]. Hadith Nabi SAW ini menunjukkan pentingnya melindungi sistem pencernaan yang akan mencegah seluruh tubuh daripada keracunan akibat dari makan berlebihan.

Makan berlebihan dan makan sebelum pencernaan sempurna makanan sebelumnya membebani sistem pencernaan, menyebabkan radang pada sistem pencernaan serta melipatgandakan bakteria berbahaya di dalam perut. Kesannya bakteria ini melepaskan racunnya ke dalam darah, sistem pernafasan, sistem kencing dan buah pinggang dan menjangkitinya.

Oleh itu, di sini kita mendapati keajaiban yang jelas apabila Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW yang bertujuan untuk melindungi manusia yang sihat dengan menasihatinya supaya jangan makan berlebihan dan jangan menjadi gemuk, akhir-akhir ini perubatan moden mengakui fakta Islam ini.

Sumber: “Keajaiban Saintifik dalam Islam & Sunnah Nabawi” Oleh: Mohammed Abdel Kamil Sammad

Dengan ehsan Science4islam.com

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=1702


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...