HALAMAN

Selasa, Ogos 16, 2011

HUKUM TARIKAN ( Law of Attraction )




Apakah dia Hukum Tarikan ?

1) menurut pandangan Esther dan Jerry Hicks,penulis ( Law Of Attraction: The Basics of The Teaching Of Abraham) : "segala perkara dalam kehidupan kamu dan di sekeliling kamu dipengaruhi Hukum Tarikan. Hukum ini adalah asas bagi semua perkara yang wujud dalam pengalaman kamu.Kesedaran mengenai hukum tarikan dan memahami bagaimana ia berfungsi begitu penting bagi kita,supaya kita dapat hidup bahagia menjalani kehidupan dengan arah tuju sebenarnya"

2 ) menurut definasi yang diberikan oleh Micheal J.Loiser : "segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian,tenaga dan fikiran sama ada perkara positif mahu pun negatif, akan datang dalam kehidupan kita"

3) Erbe Sentanu, seorang penulis, mengatakan melalui Hukum Tarikan, saudara menarik apa yang sering saudara fikirkan, samada saudara menginginkan ataupun tidak. Jadi, jika saudara selalu memikirkan perkara-perkara yang saudara suka, kehidupan saudara akan dipenuhi dengan perkara-perkara itu. Sebaliknya, apabila saudara memikirkan perkara yang tidak saudara sukai, perkara itu bakal memenuhi kehidupan saudara.




HUKUM TARIKAN ( Law of Attraction ) BERASASKAN AL - QURAN ??

Apa yang menarik ialah kata-kata yang dilemparkan oleh tiga tokoh barat di atas sebenarnya terlebih dahulu telah diajar oleh Allah dan Nabi Muhammad. Sekiranya kita perhatikan dan fahami Al-Quran serta sunnah nabi kita tentu dapat menemui banyak hukum tarikan didalamnya.

Benarkah di dalam Al-Quran ada menceritakan tentang hukum tarikan??

Sebagai contoh Firman Allah:

"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya" (Al-Zalzalah:7-8)

Jika kita selami dan fahami ayat ini sebenarnya Allah menggalakkan manusia untuk berlumba-lumba membuat kebaikan dan Allah melarang kita untuk membuat kerosakan.
Di sini perlu ditekankan bahawa sebenarnya apa yang perlu di lakukan oleh manusia ialah sentiasa berfikir perkara-perkara yang baik. Hal ini kerana,setiap kali kita berfikir tentang kebaikan pasti ia akan diterjemahkan dalam kehidupan kita.

Sebab itu Rasulullah bersabda:

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”.

menerusi firman Allah dan Hadith ini sudah cukup untuk memberitahu kita Allah dan Rasulullah saw suruh menjadi baik. Selain daripaa itu, seluruh kehidupan kita sudah tergambar didalam Al-Quran. cuma kita perlu tahu cara menemukan kehidupan dengan Al-quran.

Pernahkan kita idamkan sesuatu dalam kehidupan kita??adakah kita sudah mendapatnya sekarang??

Jika tidak? bagaimanakah ingin mendapatkannya???

Pendekatan yang paling mudah ialah kita perlu mengetahui selok belok Al-Quran,membaca dan mengamalkannya. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Allah iaitu

" dan apabila dibaca Quran,maka dengarkanlah dan diamlah supaya kamu mendapat rahmat"
(surah Al-A'raf: 204)

Apabila kita mahu mendengar,memerhati dan kemudian mengamalkannya,Quran pasti bertindak balas pada setiap keinginan kita,jika kita mahukan yang baik pasti Allah akan memberinya begitu juga sebaliknya.




Contoh lain yang boleh diambil iktibar ialah Kisah Nabi Ibrahim:

ketika Nabi Ibrahim dibakar diatas bara api. Nabi Ibrahim yakin dan percaya yang tuhan tidak akan berdiam diri. Dia memberikan getaran yang positif kepada alam sekitar dan alam sekitar membalasnya. Allah lalu mengabdikan ungkapan itu dalam Al-Quran :

"wahai api! jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim" (Al-anbiya:69)

contoh yang paling jelas adalah mengikut seperti yang difirmankan di dalam sebuah hadith Qudsi : Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.”

begitulah sedikit perkongsian ilmu tentang hukum tarikan dalam Al-Quran.Semoga perkongsian ini dapat di manfaatkan bersama. Insya Allah..


Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :
http://mha65.blogspot.com/​2010/05/hukum-tarikan-bera​saskan-al-quran.html


Sumber lain :
http://akzir.wordpress.com​/2010/07/25/aku-sesuai-san​gkaan-hambaku/
http://halaqah.net/v10/ind​ex.php?topic=5484.0


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan