HALAMAN

Jumaat, Ogos 12, 2011

KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA, MEMANAH DAN BERENANG ( Bahagian 3 )

Sambungan dari Bahagian 2  <====== ( Klik )














BERENANG

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Banyak manfaat boleh dierolehi ke atas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik.

Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional,
dan sosial.

Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:

kemahiran motor kasar dan halus
refleksi (masa tindak balas)
Kuasa tumpuan (fokus)
Kepintaran / kecerdasan
Tabiat sosial
Interaksi sosial
Keyakinan diri
Kebebasan
Boleh menangani situsi yang diluar jangka.

Kanak-kanak ini didapati cukup laras berbanding rakan sebayanya yang tidak terlibat dalam program renang. Peningkatan dalam kedua-dua faktor iatu self -esteem dan independance menjadi faktor yang berkaitan antara satu sama lain.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang diajar berenang sejak kecil akan menunjukkan interaksi yang positif dan ikatan yang kukuh dengan ibu bapa mereka.

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://lizayati.blogspot.com/2010/12/keb​aikan-berenang-untuk-kanak-kanak.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan