HALAMAN

Jumaat, September 09, 2011

MARAH DAN THERAPINYA ~ Bahagian 1





HADITH
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda: “Orang yang kuat adalah yang mengawal dirinya ketika marah, bukannya orang yang kuat bergelut.”
Juga Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa, “Seorang lelaki bertemu Nabi SAW dan berkata:” Nasihati saya. “ Nabi SAW bersabda: “Jangan engkau marah.” Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali, tetapi Nabi SAW berkata: “Jangan engkau marah ‘”. (Lihat Shahih Al-Bukhari: “Etika”. 6114-16).



KENYATAAN

Kenyataan Nabi “yang kuat adalah bukan orang yang kuat bergelut” bermaksud orang yang melawan orang lain dengan kekuatannya.

Kenyataan “orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali” menunjukkan bahawa orang itu berusaha untuk mendapatkan nasihat yang lebih baik atau sesuatu yang lebih bermanafa’at atau yang bersifat umum. Tetapi Nabi SAW tidak menambah apa-apa kecuali apa yang beliau telah katakan.

Imam Ahmad dan Ibnu Hibban menghuraikan masalah ini berkata: “Berdasarkan apa yang Nabi SAW sabdakan, seseorang akan mendapati bahawa kemarahan menggabungkan segala kejahatan.”

Al-Khatabi mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda “Jangan engkau marah,” bererti seseorang mengelakkan setiap penyebab atau alasan yang memprovokasi kemarahan.

Ibnu Battal menghuraikan tentang hadith yang menunjukkan “Mengawal diri sendiri adalah lebih sukar daripada melawan musuh, dan oleh itu Nabi SAW menyatakan bahawa orang yang mengawal dirinya sebagai yang terkuat daripada semua.

Juga kemungkinan orang yang bertanya itu mudah diprovokasi untuk marah. Oleh itu Nabi SAW memberikan nasihat berhubung dengan kelemahan diri orang yang minta dinasihati tersebut;

Nasihat Nabi adalah penjelasan untuk mendorong orang tersebut untuk berpaling dari kemarahan. Bahkan, kemarahan membawa perlakuan perbuatan jahat lebih besar. 




Siapapun yang menyedari kesan negatif kemarahan akan menghargai nilai besar dan kebijaksanaan Ilahi disebalik kata-kata lembut dan indah ini: “Jangan engkau marah.” Tidak hanya itu, bahkan orang akan menyedari kebaikan nasihat ini dalam mencegah terjadinya perbuatan yang salah “(Rujuk Fathul Bari (Petunjuk Allah) 10:520).

Tambahan pula, Nabi SAW tidak hanya memaparkan penyakit, tetapi Nabi SAW juga menentukan terapi yang betul dan mutlak bagi kelemahan tersebut.

Dalam Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Hibban itu Nabi SAW bersabda: “Jika diberangsangkan untuk marah ketika berdiri, seseorang harus duduk, jika kemarahan masih belum reda, orang tersebut harus berbaring.” Oleh itu,
  1. - Apa kesan dari kemarahan kepada manusia?
  2. - Mengapa Nabi SAW memberi cara pemulihan tersebut?
  3. - Apakah pengaruh berdiri dan berbaring pada kemarahan?








Jawapan bagi ketiga-tiga soalan tersebut di atas terdapat dalam fungsi dua kelenjar adrenal, yang terletak di bahagian hujung teratas kedua-dua ginjal/buah pinggang. Salah satu fungsi kelenjar-kelenjar ini adalah menghasilkan hormon adrenalin dan noradrenalin.

Dengan demikian, jika seseorang mempunyai masalah jantung, dia harus mengelakkan diri dari marah. Ini kerana kesan hormon adrenalin yang mempercepat degupan jantung dan menyebabkan gangguan pada jantung tersebut.


Oleh kerana itu marah, desakan/gesaan, dan gugup cenderung untuk membawa ketidakaturan degupan jantung, suatu fakta yang diperakui dan mudah dikesan pada pesakit masaalah jantung.

Bahkan jika seseorang menghidapi tekanan darah tinggi, ia harus menghindari daripada marah. Ini kerana marah meningkatkan nisbah kedua-dua hormon tersebut di dalam darah, menyebabkan hipertensi. 






Nabi SAW mengulangi sebanyak tiga kali “Jangan engkau marah.” Manakala doktor menyarankan pesakit dengan tekanan darah tinggi mengelak dari terdesak, gugup dan marah.

Bagi pesakit yang menderita penyakit arteri juga harus mengelakkan diberangsangkan untuk marah, kerana ini kemungkinan besar akan mendorong terjadinya serangan jantung.

Jika menderita penyakit kencing manis/diabetes, pesakit ini juga tidak boleh marah kerana adrenalin menyebabkan peningkatan gula dalam darah.

Akhirnya, secara perubatan dan saintifik telah terbukti bahawa nisbah hormon ini berkurangan dengan berbaring sebagaimana telah ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam dengan sabdanya: “Jika diberangsangkan untuk marah ketika berdiri, seseorang itu harus duduk, jika kemarahan tidak reda, ia harus berbaring. “ (Cabutan daripada Perubatan Secara Sunnah)


Rujukan: Tihmaz, Abdulhameed Mahmoud. - Empat Puluh Mujizat Saintifik; Dar Al-Qalem.

Dengan ehsan science4islam.com



SUMBER


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan