HALAMAN

Rabu, Oktober 05, 2011

PENENTUAN JANTINA BAYI




Jantina bagi suatu janin adalah ditentukan keadaan sperma dan bukannya ovum. Jantina bayi tersebut, sama ada lelaki atau perempuan, bergantung kepada sama ada pasangan kromosom keduapuluh tiga masing-masing adalah XX atau XY.

Penentuan jantina terutamanya berlaku semasa terjadinya persenyawaan/permanian dan ia bergantung kepada jenis jantina kromosom dalam sperma yang mensenyawakan sesuatu ovum . 

Jika ianya sperma kromosom ‘X’ yang mensenyawakan ovum maka janin adalah perempuan, dan jika ianya sperma kromosom ‘Y’ maka janin adalah lelaki.
Dan sesungguhnya Dialah (yang) menciptakan berpasangan lelaki dan perempuan , dari air mani ketika dipancarkan .( An-Najm : 45 – 46 )

Perkataan Arab nutfah bererti suatu kuantiti cecair yang sangat sedikit dan tumnaa bererti dipancarkan atau ditanam. Oleh itu nutfah khususnya merujuk kepada sperma kerana ianya dipancarkan.





Al-Qur’an juga menyatakan:
Bukankah dia dahulunya (adalah) setitis dari mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim ), kemudian ia menjadi segumpal darah lalu Allah ciptakan (manusia) lalu Dia sempurnakan (bentuknya), lalu Dia jadikan darinya sepasang (iaitu) lelaki dan perempuan (Al-Qiyaamah : 37 -39)

Disini sekali lagi dijelaskan bahawa suatu kuantiti yang kecil (titisan) sperma (dinyatakan pada perkataan nutfatan min maniyyin) yang datangnya dari lelaki, adalah sebenarnya yang menentukan jantina janin tersebut.

Ibu mertua di benua India kebanyakannya lebih suka mempunyai cucu lelaki dan kebiasaannya menyalahkan menantu perempuan mereka jika jantina anak yang dlahirkan bukannya yang disukai.

Jikalau mereka mengetahui bahawa faktor penentu sebenarnya adalah ciri sperma lelaki dan bukannya ovum perempuan, dan jika mereka ingin menyalahkan sesiapa, mereka sepatutnya menyalahkan anak-anak lelaki mereka dan bukannya menantu perempuan mereka. Ini disebabkan Al-Qur’an dan ilmu sains kedua-duanya telah membuktikan bahawa cecair mani lelaki yang menentukan jantina anak.





JANIN DILINDUNGI OLEH TIGA PENUTUP KEGELAPAN

Allah swt berfirman :

Dia menciptakan kamu di dalam perut-perut ibu kamu dalam satu ciptaan (bentuk) dari setelah satu ciptaan (bentuk) lain di dalam kegelapan (yang) tiga (Az-Zumar : 6)

Mengikut Prof. Keith Moore ketiga-tiga penutup kegelapan yang dinyatakan oleh Al-Qur’an ialah :

(i) Dinding luar perut ibu
(ii) Dinding rahim ibu
(iii) Selaput ketuban (amnio-chorionic membrane)


SUMBER


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )




Tiada ulasan:

Catat Ulasan