SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Rabu, Jun 09, 2010

Bersin cara Nabi saw


Video in adalah satu Kempen Menentang Influenza oleh Kerajaan Australia












BERSIN DAN MENGUAP



Bersin dan menguap merupakan fitrah yang wujud pada manusia. setiap manusia, pasti pernah bersin dan menguap.



Nabi Muhammad SAW ada menyatakan tentang menguap dan bersin ini dalam satu hadis, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW berkata;



إن الله يحب العطاس ، ويكره التثاؤب ، فإذا عطس فحمد الله فحق على كل مسلم سمعه أن يشمته ، وأما التثاؤب فإنما هو من الشيطان فليرده ما استطاع ، فإذا قال : هاء ضحك منه الشيطان



Maksudnya;


“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bersin dan benci kepada orang yang menguap. Apabila seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memuji Allah. lalu, menjadi tanggungjawab bagi muslim yang mendengar bahawa dia membalasnya (membaca yarham Kallah : mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu). Dan adapun menguap, ia adalah daripada syaitan, maka hendaklah dia berusaha agar tidak menguap sekadar mampu yang boleh. sekiranya ia tidak berusaha, maka dia telah menyebabkan syaitan ketawa terhadapnya[1]”



Memandangkan menguap merupakan amalan yang tidak disukai oleh Allah SWT, maka hendaklah ketika seseorang muslim itu menguap, bahawa dia berusaha menutup mulutnya dengan tangan.



Dalam satu hadis, daripada Abu Siad Al-Khudri berkata, bersabda Nabi SAW;



إذا تثاءب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل



Maksudnya;


“Apabila seseorang kamu itu menguap, maka hendaklah dia tutup mulutnya dengan tangan. (jika tidak) syaitan akan masuk[2]”



Adapun ketika bersin, apabila seseorang itu bersin, maka hendaklah dia memuji Allah, kemudian memberi balasan jawab dari orang yang mendengarnya.



Daripada Abu Hurairah berkata, bersabda Nabi SAW;



إذا عطس أحدكم فليقل : الحمدلله ، وليقل له أخوه أو صاحبه : يرحمك الله ، فإذا قال له يرحمك اله ، فليقل : يهديكم الله ويصلح بالكم



Maksudnya;


“apabila seseorang kamu bersin, maka hendaklah dia berkata, “Segala puji bagi Allah”. kemudian, saudaranya hendaklah berkata, “Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu”. Apabila saudaranya sudah mengatakan sedemikian, maka hendaklah dia berkata, ”mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada kamu dan memberi kebaikan pada segala cita-cita kamu[3]”







PERBUATAN KETIKA BERSIN



Ketika bersin, menyebabkan air liur akan merecik, juga suara yang kuat boleh mengganggu ketengangan orang lain. Ekoran itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah berkata;



كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا عطس وضع يده أو ثوبه ‘إلى فيه وخفض أو غض بها صوته



Maksudnya;


“Apabila Rasulullah SAW bersin, baginda akan meletakkan tangan atau pakaian baginda pada mulutnya, dan berusaha merendahkan suara baginda[4]”





Dari hadis ini, terdapat huraiannya seperti berikut;



Pertama :



Ketika bersin, kadangkala boleh menyebabkan air liur merecik. Ia sudah pasti, merupakan gangguan ketika berada di khalayak ramai. Terutama ketika sedang makan berjemaah, sama ada makan dalam pinggan, mahupun makan dalam talam.



Ekoran itu, bagi menghormati hak orang yang hadir, baginda SAW berpesan agar ketika bersin itu, bahawa menutup mulut; sama ada dengan menggunakan kain, mahupun menggunakan tangan.



Kedua :



Jika duduk dalam majlis orang ramai. Dalam majlis itu, terdapat ucapan dari orang-orang besar, ataupun dalam majlis ceramah atau kuliah agama. Ketika semua sedang mengambil perhatian terhadap segala ucapan yang sedang disampaikan, tiba-tiba kita bersin. Sudah pasti, ia akan menganggu pemerhatian orang ramai.



Justeru, bagi mengelak gangguan tersebut, hendaklah diusahakan agar ketika bersin itu suara itu dapat dikawal, agar tidak dibiarkan ia berbunyi sesuka hatinya. Ia bertujuan, untuk menghormati daripada orang ramai mendapat gangguan ekoran bersin kita.







BERAPA KALI?



Orang yang bersin ini, ada beberapa sebab. Ada ia bersin, disebabkan selesema, bahkan tidak dinafikan wujud orang yang bersin hanya sekali sekala sahaja.



Sekali sekala bersin, adalah perkara biasa. Adapun sekiranya dalam satu masa, seseorang itu bersin berturut-turut sehingga melebihi kadar yang sepatutnya, pasti itu merupakan tanda-tanda awal terkena penyakit selesema.



Ketika bersin yang biasa, digalakan mengucap pujian terhadap Allah, lalu dibalas dengan doa memohon rahmat terhadap orang yang bersin. Pun begitu, sekiranya bersin itu melebihi dari kadar sepatutnya, tindakan mengucap pujian dan membalas dengan memohon rahmat, tidak lagi perkara yang disunatkan lagi.



Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Salamah bin Al-’Akwa’ berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda ;



يشمت العاطس ثلاثاً ، فما زاد فهو مزكوم



Maksudnya;


“Dibalas ucapan orang yang bersin sekadar tiga kali. Adapun melebihi daripada itu, maka ia merupakan selesema[5]”



Begitujuga dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Salamah bin Al-‘Akwa’ juga bahawa dia bercerita, “seorang lelaki telah bersin di sisi Nabi SAW. lalu Nabi SAW mengucapkan kepadanya;



يرحمك الله



Maksudnya;


“Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu”



Kemudian, lelaki itu bersin lagi sekali, menyebabkan nabi SAW berkata;



الرجل مزكوم



Maksudnya;


“lelaki ini sedang selesema[6]”



sekian



Wallahu 'alam



Al-Bakistani


ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh


7 Rabiul Awal 1431 - 21 Febuari 2010 * 7:10 malam





[1] Al-Bukhari : 5755.


[2] Muslim : 5311.


[3] Al-Bukhari : 5756.


[4] Sunan Abi Daud : 4374.


[5] Ibnu Majah : 3704.


[6] Muslim : 5309.


Dicatat oleh Al-Bakistani di 03:09



Nota disalin dari LINK



Video dari : LINK

2021
09062010
Klang, Selangor
Malaysia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...