HALAMAN

Sabtu, Ogos 27, 2011

BAGAIMANA MENJAGA PANDANGAN DARI MELIHAT YANG HARAM ( SUDUT PERUBATAN DAN ROHANI )




Allah swt memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jenis. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya),
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An Nuur [24]: 30 )

Dalam lanjutan ayat ini, Allah juga berfirman, 
“Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya, dan kemaluannya” (QS. An Nuur [24]: 31)


Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat pertama di atas mengatakan, ”Ayat ini merupakan perintah Allah Ta’ala kepada hamba-Nya yang beriman untuk menundukkan pandangan mereka dari hal-hal yang haram. Janganlah mereka melihat kecuali pada apa yang dihalalkan bagi mereka untuk dilihat (yaitu pada istri dan mahromnya). Hendaklah mereka juga menundukkan pandangan dari hal-hal yang haram. Jika memang mereka tiba-tiba melihat sesuatu yang haram itu dengan tidak sengaja, maka hendaklah mereka memalingkan pandangannya dengan segera.” Bagaimana hendak memalingkan pandangan dengan segera? Di hujung artikel disediakan muhasabah diri untuk diamalkan..


Melihat aurat wanita menyebabkan ketagihan yang memaksa individu tersebut melihatnya berulang ulang kali malah dengan lebih kerap. Hal ini kerana dengan melihat aurat perempuan (atau melakukan aktiviti seksual), bahagian otak yang terlibat dalam ketagihan (nucleus accumbens) dirangsang dengan keseronokan perbuatan melihat yang haram itu, sehingga menyebabkan ketagihan. Bahagian otak yang disebutkan ini amat istimewa kerana ia berfungsi untuk menggalakkan manusia melakukan apa apa yang memberikan keseronokan kepada tuannya. Nucleus accumbens (sebahagian dari ventral striatum) dan amygdala bertindak dalam sistem 'punish and reward' yang memastikan manusia menjauhi perkara yang dianggap salah dan mengulangi perkara yang dianggap menyeronokkan.





EKSPERIMEN

Dalam satu eksperimen menggunakan haiwan, satu elektrod telah dipasang ke bahagian otak haiwan ini iaitu di nukleus accumbens untuk mengaktifkan nukleus yang merangsang rasa seronok ini. satu suis (yang mudah dipijak) kemudiannya diletakkan di hadapan haiwan tersebut untuk membolehkannya menyalakan litar. Sewaktu haiwan itu terpijak suis di hadapannya, satu aliran elektrik mengalir ke kawasan otak nukleus accumbens kemudian menyebabkan haiwan tersebut merasakan seronok yang amat. Oleh sebab ia merasakan seronok, haiwan tersebut dengan sengaja memijak mijak lagi suis tersebut (ia mengalami ketagihan).

Perkara yang sama berlaku dalam individu yang ketagihan dadah. Mereka menggunakan ubat yang merangsang nukleus accumbens sehingga mereka berasa sangat seronok dan berada di awangan. penyalahgunaan dadah ini menyebabkan nukleus accumbens menggalakkan penagih dadah untuk menggunakan lebih banyak bahan merbahaya tersebut. Selain permintaan yang lebih tinggi oleh nukleus accummbens, toleransi terhadap dadah menyebabkan lebih banyak kuantiti dadah digunakan untuk memuaskan nafsu penagih.




Perkara yang sama berlaku dalam kes rangsangan otak terhadap seks. Penyalahgunaan media tv, internet, gambar gambar, melihat wanita tidak menutup aurat dapat memberikan rangsangan kepada bahagian otak, seterusnya menyebabkan permintaan untuk mengulanginya semakin tinggi dalam skala yang lebih besar. Kerana itulah Allah berfirman di dalam Al Quran:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina"(surah Al-isra' ayat 32)

Menghampiri zina ialah apabila kita mula melihat perkara perkara haram iaitu aurat wanita, mendengar alunan suara wanita yang mengasyikkan sehingga khayal dalam mebayangkannya, membayangi wanita (berilusi), menonton pornografi, bersedudukan antara lelaki dan wanita, sms sms lucah dan lain lain lagi. Al Quran adalah sangat tepat dalam definisinya 'menghampiri' dalam ayat diatas kerana dengan menghampiri perbuatan perbuatan ini, fizikal badan manusia secara semulajadi akan memahukan sesuatu yang lebih lagi dari semasa ke semasa sehingga membawa kepada penzinaan, sekiranya perkara yang dianggap 'kecil' ini (menjaga pandangan) tidak diambil tindakan..





Secara psikologinya, kehendak manusia melihat kepada aurat wanita adalah kerana 'kecantikan' mereka, iaitu kecantikan yang sengaja diletakkan ke dalam jiwa lelaki oleh Allah SWT terhadap gadis gadis. Allah berfirman di dalam Al Quran:
"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak......(Surah al Imran [3]:14)"

Sememangnya fitrah manusia lelaki suka melihat kecantikan gadis gadis kerana itulah yang dijadikan oleh Allah kepada mereka. Namun, harus kita sedar, bahawa kecantikan yang kita minati dan dikejar kejarkan itu sebenarnya merupakan satu galakan yang Allah berikan kepada kita untuk mengejar bidadari Allah di hari akhirat. Sebenar benar kecantikan wanita (dari sudut fizikal dan rohani) ialah kecantikan yang dimiliki oleh bidadari yang Allah sediakan untuk orang orang beriman di syurga.

Kecantikan gadis gadis muda (tambahan pula yang seksi dan sebagainya) yang kita jumpai di muka bumi ini adalah kecantikan palsu belaka, yang mana ia akan hilang ditelan masa. Adakah kecantikan itu yang kita kejar kejar, sampai tergamak membelakangi agama, walhal yang dikejar kejar itu tidak lah bertahan lama.

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullahu dalam Sunan-nya (no. 1173) berkata, “Telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Basysyar, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Amr ibnu Ashim, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Hammam, dari Qatadah, dari Muwarriq, dari Abul Ahwash, dari Abdullah ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda maksudnya:
“Wanita itu aurat, maka bila ia keluar rumah, setan terus memandanginya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehingga terjadilah fitnah).” (Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih At-Tirmidzi, Al-Misykat no. 3109, dan Al-Irwa’ no. 273. Dishahihkan pula oleh Al-Imam Muqbil ibnu Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam Ash-Shahihul Musnad, 2/36)





Apabila manusia bertopengkan bidadari itu telah tua dan topengnya telah lusuh, maka mencarilah si lelaki itu manusia bertopengkan bidadari yang baru hingga terlupa masa hidupnya sudah semakin pendek.. Akibat terlalu banyak menghabiskan masa mengejar kecantikan palsu di dunia ini, hingga terlupa mengingati tanggungjawab yang Allah berikan, berita buruk untuk nya di akhirat iaitu: mereka dinafikan rahmat mendapat bidadari malah dimasukkan ke dalam neraka, na'uzubillah..

Oleh itu digalakkan kita bermuhasabah diri, setiap kali melihat kecantikan gadis yang mengganggu iman.


Hadis nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:" Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).

Kebenaran berpuasa ini sememangnya mempunyai kaitannya dengan fungsi nucleus accumbens yang juga diaktifkan oleh makanan yang lazat, kerana makanan merupakan antara yang mendatangkan keseronokan (reward) kepada manusia (dan haiwan). Hal ini diterangkan seperti berikut:

"Reward is an operational concept for describing the positive value an individual ascribes to an object, behavioral act or an internal physical state. Natural rewards include those that are necessary for the survival of species, such as eating, drinking, sex, and fighting"- "Dopamine Involved In Aggression". Medical News Today. 2008-01-15.

Kaitan antara bagaimana berlapar dengan kebolehan mengurangkan aktiviti nucleus accumbens terhadap ketagihan seksual harus dikaji dengan lebih lanjut untuk mendapatkan kesahihan kepada perkara ini, samada ianya dapat menyokong (menambahkan hujjah saintifik) hadis nabi tentang berpuasa ataupun tidak. Namun tak kira apa pun keputusannya, sebagai seorang muslim, kita wajib mempercayai kebenaran hadis nabi sebagai resolusi terbaik dalam menyelesaikan masalah harian kita..


SUMBER 

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan