HALAMAN

Rabu, Ogos 31, 2011

ORGANISMA HALUS DALAM AL QURAN




Mikrobiologi merupakan kajian saintifik berkenaan mikroorganisma ataupun hidupan seni yang tidak dapat dilihat olah mata kasar seperti bakteria dan virus.

Pada abad ke-19, seorang saintis berbangsa Belanda, Antoni Van Leewenhoek merupakan orang yang pertama melihat bakteria dengan menggunakan mikroskop sedrhana. Hanya selepas kira-kira 50 tahun, ahli mikrobiologi yang terkenal pada abad ke-19, Evenovski dapat mengenal pasti bahawa virus merupakan mikroorganisma paling kecil setakat ini.



ZARAH HALUS DALAM AL - QURAN

Virus hanya bolah dilihat dengan menggunakan mikroskop elektronik. Kitab suci Al-Quran telah membentuk satu konsep mikrobiologi didalamnya. Firman Allah s.w.t. :
Katakanlah: " Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai Tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya.(Surah Saba’ 34: ayat 22)

Perkataan zarrah zarrah membawa maksud zarah atau partikel yang sangat kecil seperti mikroorganisma unisel (satu sel) dan molekul atom. Allah SWT mengajarkan melalui ayat ini bahawa Dia (Allah) mengendalikan dunia ‘ghaib’ mikroorganisma. Dunia mikroorganisma yang tersembunyi dari manusia dan disebabkan itu manusia tidak mempunyai kawalan atasnya.

Ianya terlalu kecil sebagai contoh lebar Bakteria berukuran kira-kira dari 0.2 mikron (1mikron 1/1000 milimeter), manakala untuk lebar virus berukuran kira-kira dari 0.5 mikron = 500 nanometer (1nanometer = 1/1000 mikron). Para saintis membuktikan bahawa mikroorganismaini menyebabkan penyakit wabak yang paling utama Ayat Quran di atas menunjukkan bahawa makhluk kecil yang dikendalikan oleh Allah dan manusia tidak mempunyai kawalan pada mereka dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan mereka dengan cara kita.

Tiada kuasa semulajadi, bagi mereka yang mengakui tiada Tuhan sebagai kuasa yang tertinggi dapat menahan diri kehidupan mikroorganisma! Tiada teknologi yang moden, yang dianggapnya sempurna dan lengkap, boleh menghentikan pergerakan dan aktiviti mikroorganisma! Di sini Al-Quran menunjukkan kitaran hidup misteri dan fenomena-fenomena dari mikroorganisma yang terkandung dalam makanan atau minuman seseorang dan secara tidak sedar mikroorganisma ini masuk ke dalam tubuhnya. Akibatnya, dia sering merasa sakit Matanya tidak dapat melihat Bakteria dan Virus yang terkandung dalam makanan dan minuman. Allah SWT menuntun mereka dengan cara mereka dan mengarahkan mereka untuk menyebar ke permukaan makanan dan minuman.







Mengapa tidak boleh kita menghilangkan mikroorganisma dari makanan atau minuman kita? Al-Quran memberikan jawapannya. Ia adalah kerana:


Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah. (Surah An Nisa’ 4: ayat 28)

Maka, tiada siapa pun kecuali Allah s.w.t. sendiri menciptakan dan mengawalnya.

Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Luh mahfuzh). (Surah Yunus 10: ayat 61)

Di dalam ayat ini, Allah SWT mendedahkan terdapat benda-bendayang sangat kecil dari molekul kecil seperti bakteria dan virus. Merujuk bidang Fizik, istilah bagi benda yang terkecil dikenali sebagai partikel kecil yang berkemungkinan untuk membahagi Atom kepada Proton, Neutron, dan Nukleus dan lain-lain. Secara mikrobiologinya, ia merujuk kepada bahagian dalam (organel) yang sangat kecil mikrob seperti DNA, RNA, membran sel, flagella, sitoplasma, dan plasmid dan lain-lain. Ayat al-Quran di atas menjelaskan bahawa bahagian organel dalam sel mikroorganisma ini tidak tersembunyi dari Allah dan hanya Dialah satu-satunya kekuatan untuk mengarahkan dan membimbing mereka berfungsi secara berkesan.

Mikroorganisma boleh dibahagikan menjadi dua, satu adalah mempunyai nukleus didalam sel, dan satu lagu tidak. Ragi (Yis) dan Amoeba adalah dari kategori pertama manakala Bakteria dan Virus tidak memiliki nukleus. Lebih beribu jenis Bakteria yang telah dijumpai seperti Coccus, Basillus, Vibrio, Escherichia coli, Bdellovibrio dan lain-lain. Ada lebih dari 400 jenis bakteria dalam perut seseorang manusia. Virus juga milik beratus-ratus kumpulan.

Sebuah sel Virus mengandungi asid nukleik (DNA atau RNA) dan kot protein. Mikroorganisma yang dihasilkan di dalam satu saat melangkaui ribuan. Pembelahan sel adalah sistem atau kaedah pembiakan, di mana sebuah nukleoid memanjang mula membahagi, ketika dinding sel baru dan membran sel mula membentuk Fransverse septum, bahgian lengkap dan sel-sel anak berasingan.

Ayat al-Quran di atas membincangkan tentang ciri-ciri Bakteria, Virus dan jenis-jenis mikroorganisma. Hanya Allah mempunyai kekuatan hanya untuk mencipta, mengawal dan memandu bahkan makhluk kecil seperti mikroorganisma.

Pengarang : Siddique Saqafi
Penterjemah : Ahmad Farhan bin Sulaiman
Tajuk artikel : Microbiology In Holy Quran
Sumber : http://www.islamxplored.com/2008/09/microbiology-in-holy-quran.html








Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan