HALAMAN

Khamis, Ogos 11, 2011

MENGAPA SEBUTAN PENDENGARAN MENDAHULUI PENGLIHATAN DI DALAM AL-QUR’AN ? ( Bahagian 2 )

Sambungan dari Bahagian 1







Suatu Perkara Lain Yang Menarik

Didapati juga perkataan mendengar/ telinga selalu disebut dalam bentuk tunggal ,sementara perkataan penglihatan/mata dalam bentuk jamak/banyak. Allah berfirman:

“Dan tidaklah kamu dapat menyembunyikan (kemaksiatan kamu) , bahawa akan memberikan kesaksian pendengaran, penglihatan-penglihatan dan kulit-kulit kamu, bahkan kamu menyangka Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukankan” (Fusilat 41: 22).,

” Katakanlah (Muhammad): ‘ Terangkanlah kepadaku, jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan-penglihatan kamu, serta ditutup hati-hati kamu, siapakah tuhan selain dari Allah yang dapat mengembalikan mereka kepada kamu’ “? ( Al-An’am 6:46)

Mengapa dalam Al-Quran sebutan perkataan “pendengaran/telinga” adalah tunggal sedangkan “penglihatan ” adalah jamak/banyak? Mengapa tidak disebut “pendengaran-pendengaran dan penglihatan-penglihatan “, atau “pendengaran dan penglihatan”? Allah Yang Maha Kuasa, dengan ekspresi yang jitu menjelaskan kepada kita ketepatan Al-Quran. 








Deria penglihatan boleh dikawal oleh manusia, kerana ia boleh memilih sama ada mahu melihat atau tidak. Manusia dapat memejamkan matanya untuk hal-hal yang dia tidak suka untuk melihatnya. Tetapi ia tidak boleh melakukan hal yang sama dengan deria pendengaran, kerana ia tidak mempunyai kawalan ke atas telinga apakah ia ingin mendengar atau tidak.

Dengan kata lain, ketika seseorang berada di sebuah bilik di mana sepuluh orang bercakap, suara mereka akan sampai ke telinganya, sama ada dia mahu mendengar atau tidak. Deria penglihatan berbeda di antara seseorang dengan yang lain; Seseorang melihat sesuatu sementara yang lain melihat sesuatu yang lain kerana kelainan yang berbeza penglihatan/ pandangan, sementara orang lain menutup mata dan tidak melihat apa-apa. Bagi pendengaran, kita semua akan berkongsi mendengar suara yang sama jika kita berkumpul di satu tempat.

Oleh kerana itu mata bervariasi pandangan /penglihatan tetapi telinga tetap tunggal.

Terjemahan artikel: What is the reason behind advancing hearing over sight in the Holy Quran?- Dr Sharif Kaf Al-Ghazal

http://www.quranandscience​.com/

Disalin dari dengan sedikit ubahsuai : http://assabiel.com/?p=240​5

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan