HALAMAN

Selasa, Ogos 23, 2011

PENJELASAN SAINS : SEKS, BABI & JANGGUT

Oleh Dr. Dr. Jamal Al-Din Ibrahim



Dr. Jamal Al-Din Ibrahim




Berikut ini adalah petikan temubual dengan Dr. Jamal Al-Din Ibrahim, seorang professor toksikologi dari California University, yang disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010:


Pengacara:
 
Seperti yang kita tahu, Barat mahu mengubah wanita jauh dari kesuciannya, kewanitaannya, dan kemulian yang dianugerahkan oleh Islam kepadanya, kepada kehidupan Barat, kepada lesbianism, kepada "Kenapa wanita tidak boleh memiliki ramai suami?", kepada "Kenapa wanita tidak boleh menikmati seks bebas sebelum kahwin?", kepada "Kenapa tidak boeh difokuskan pada wanita sahaja, seperti di Barat – supaya wanita boleh bersama wanita, tanpa memerlukan lelaki, dan lelaki boleh bersama lelaki, tanpa memerlukan wanita?" Ini adalah isu-isu yang merbahaya. Adakah sains mempunyai penjelasan dalam hal-hal seperti ini?

Jamal Al-Din Ibrahim:

Berhubung dengan persoalan wanita, masyarakat Amerika sendiri mengakui bahawa wanita di Amerika mempunyai kurangnya hak-hak berbanding lelaki. Sebagai contoh: Apabila seorang wanita itu berkahwin, beliau akan menggunakan nama keluarga suaminya, dan membuang nama keluarganya sendiri. Jika dia mengahwini A, dia akan menjadi Mrs. A. Sebelum revolusi saintifik, dan sebelum adanya mesin-mesin, seorang wanita itu akan menjadi hamba kepada suaminya. Beliau tidak mempunyai apa-apa hak langsung. Ini berlaku kurang dari 250 tahun yang lampau.
Situasi ini berkembang apabila wanita diperlukan untuk membantu lelaki dalam kehidupan moden. Akibatnya, wanita menjadi semakin maju dalam banyak aspek, tetapi masih ketinggalan dalam hal tentang perlunya nama keluarga mereka dibuang.
Keduanya, wanita di Amerika dipergunakan seperti barangan. Wanita dilihat sebagai barang. Jika seorang wanita itu cantik, maka beliau mempunyai harga dan status tertentu dalam masyarakat. Di universiti pun, professor akan memberi markah yang lebih baik kepada yang cantik berbanding yang biasa. Dalam pengiklanan, wanita yang mempunyai susuk badan yang lebih menawan akan memenangi harga yang lebih tinggi.
Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun 1975-1977, mereka menjalankan kaji selidik yang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.
Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. 






Pengacara:
Bagaimana sebenarnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki... Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut.

Interviewer: 

Sebelum siaran ini, awak dah jelaskan tentang proses identifikasi kepada saya.

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ya, terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan dihasilkan... Lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Ianya seperti apabila seorang lelaki bekerja untuk syarikat tertentu, maka pihak syarikat ini akan berusaha mengenali lelaki tersebut, dan memberi beliau jawatan yang betul. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.

Pengacara: 

Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi. 

Pengacara: 

Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi... 

Jamal Al-Din Ibrahim:

Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika. 

Pengacara: 

Apakah sebabnya?

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah.




Makan daging babi boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks.
Tabiat makan daging babi didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.

Pengacara: 

Adakah ini satu fakta? 

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ianya memang benar. 

Pengacara: 

Pemakan babi tidak mempunyai semangat patriotik? 

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan banggga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging babi pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan babi boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya.






Beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang.

Pengacara:


Subhanallah!

Jamal Al-Din Ibrahim: 

Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang. 

Interviewer: 


Subhanallah!







Al-Rahma TV (Egypt) - Duration: 07:50 - December 2, 2010


SUMBER 




Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan