HALAMAN

Khamis, September 01, 2011

TEORI KERKAHAN BESAR DAN HARI KIAMAT OLEH SAINTIS

Artikel oleh : Natalia Sadiqova Ebrahimi




Al Quran telah membicarakan tentang hari kiamat dengan gambaran yang amat mengerikan. Allah berfirman : Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya, dan manusia bertanya: 

“Mengapa bumi jadi begini?” (Az Zalzalah : 1-3). 

Allah berfirman lagi tentang hari kiamat : 


Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran, dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan (Al Qaariah : 4-5). 

Pada hari kiamat, semua manusia yang telah mati akan dibangkitkan kembali dalam bermacam-macam keadaan seperti digambarkan didalam Al Quran :

" Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka " (Az Zalzalah : 6). 

Pada hari ini, hari kiamat bukanlah sekadar teori yang digambarkan oleh sebahagian ahli-ahli sains tetapi mereka meyakininya! !!


Hari kiamat bermaksud berakhirnya alam semesta yang maha luas ini. Ahli-ahli fizik dan kosmologi menyatakan keadaan berakhirnya alam semesta ini sebagai teori kerkahan besar (The Big Crunch).

Ahli-ahli fizik telah lama menyedari bahawa alam semesta ini sentiasa berkembang seperti sebiji belon yang ditiupkan oleh seseorang. Mereka mendapati galaksi-galaksi yang jauh saling bergerak menjauhi antara satu sama lain dengan kadarnya yang semakin pantas.

Pada tahun 1998, ahli-ahli astronomi telah mengkaji supernova-supernova yang jauh dan mendapati alam semesta semakin bergerak pantas mengembang. Mereka mengatakan terdapat sesuatu yang dipanggil tenaga hitam (Dark Energy) yang menyebabkan proses penolakan alam semesta. Sekaligus ia menyebabkan alam semesta mengembang dengan kadar yang semakin pantas.

Didalam teori tenaga hitam, proses pengembangan alam semesta dikatakan didorong oleh suatu medan yang disebut “scalar field”. Bahkan sejurus sahaja letupan besar berlaku medan inilah dikatakan menjadi faktor utama yang mendorong pengembangan alam semesta. Keadaan sejurus selepas berlakunya letupan besar (Big Bang) dinamakan sebagai infiniti.

Teori ini telah di bangunkan oleh seorang pengkaji fizik yang bernama Andrei Linde dari Universiti Standford. Mengikut sesetengah ahli sains, kadar pengembangan alam semesta akan menjadi semakin perlahan sehingga mencapai suatu tahap yang dinamakan sifar (zero). Walaupun begitu mereka mempercayai alam semesta tetap lagi mengalami proses pengembangan selepas keadaan sifar. Namun teori ini mempunyai kelemahannya.

Mengikut Andrei Linde, alam semesta bukan sahaja akan berhenti proses pengembangannya sehingga mencapai ke tahap sifar, tetapi akan mewujudkan situasi yang dipanggil infiniti minus berdasarkan teori fizik kuantum. Keadaan infiniti minus (minus infinity) akan menyebabkan pengembangan alam semesta menjadi sebaliknya iaitu pengecutan dan menyebabkan fenomena ruang dan masa mengalami keruntuhan yang total.

Berdasarkan kajian sains, alam semesta pada ketika ini berumur dalam lingkungan 14 bilion tahun dan kemungkinan fenomena ini akan berlaku dalam jangkamasa 10 hingga 20 bilion tahun lagi. Ini bermaksud manusia pada hari ini berada ditengah-tengah zaman kehancuran alam semesta! 






Sesetengah teori kosmologi menyatakan apabila berlakunya keadaan infiniti minus maka fenomena masa dan graviti akan berlaku secara berlawanan. Ini bermaksud masa akan kembali ke belakang dan graviti akan mempunyai daya yang bertentangan. Ahli-ahli fizik seperti Michael Berry, Thomas Gold, dan Stephen Hawking adalah penyokong kepada teori ini..


Allah swt berfirman :

" Yaitu pada hari Kami gulung langit sebagai menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya" (Al Anbiyaa : 104). 

Proses pengembalian masa ke belakang ini seumpama sebuah pita rekod yang merakamkan segala sejarah dan peradaban manusia.



" Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap ummat berlutut. Tiap-tiap ummat dipanggil untuk melihat buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan" (Al Jaatsiyah : 28). 

Daya bertentangan graviti semasa berlakunya proses pengecutan alam semesta akan menyebabkan kesemua objek berjisim ditarik ke atas. Keadaan ini akan menyebabkan gempa bumi yang maha hebat dan gunung-ganang akan mengalami proses penarikan ke atas.



" Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur " (Al Haaqqah : 13-14). 

Proses keterbalikan graviti akan menyebabkan bumi memuntahkan segala isinya. Kesemua kandungan seperti larva yang panas dilapisan bawah bumi akan ditarik ke atas oleh kuasa graviti.




" Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak dan gunung-gunung menjadi seperti bulu yang beterbangan " 
(Al Maarij : 8-9). 



Hari kiamat mampu dijelaskan melalui kaedah sains dan pada hari ini semakin ramai pengkaji yang meyakininya. Al Quran menjelaskan tiada sesiapapun yang mengetahui bilakah berlakunya hari kiamat. Namun kejadiannya dapat dijelaskan didalam teori kerkahan besar.


# Gambar hanyalah khayalan artis mengenai kejadian kemuasnahan alam semesta. Harap maklum.




Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


Wallahua'lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan