HALAMAN

Rabu, Ogos 31, 2011

TOPIK PALING MENAKUTKAN CHARLES DARWIN





Mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.

Malah air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata yang tidak mempunyai air mata akan kering dan seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi mata daripada kuman.

Struktur mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian. Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang, kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya hilang.

Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, apakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil!

Jika kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum dan membentuk kereta ini, apakah kamu akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?




Struktur mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara kebetulan. Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat muncul dan dia berkata, "Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk". (Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.

Darwin Juga Tidak Mahu Memikirkan Tentang Bulu Burung Merak. Pernahkah kamu mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya. Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.

Bagaimanapun, terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu burung merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin percaya bulu burung merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu cantik sehingga menyukarkan orang lain menerima bahawa ia terbentuk secara kebetulan. Darwin menerangkan tentang bulu ini, "Sekarang, memikirkan tentang struktur-strutur khusus sering menyebabkan saya tidak selesa. Petanda yang terdapat pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya, membuatkan saya pening!".

Penulis ialah Harun Yahya/Adnan Oktar (Kaum-kaum Yang Pupus, Penipuan Evolusi, Relativiti Masa dan Hakikat Takdir). Dipetik daripada buku Keajaiban Ciptaan Allah.



SUMBER 

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan