SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Khamis, Mei 20, 2010

Ratapan Seorang Gadis

 




SEORANG gadis kecil berlari lari. Rambutnya dalam keadaan kusut masai. Dia menangisi jenazah ayahnya yang sedang dibawa untuk menuju ke tempat peristirehat terakhir.

Ketika itu Hasan al-Basri ra sedang duduk di hadapan pintu rumahnya. Apabila beliau menyaksikan jenazah tersebut diiringi melalui hadapan rumahnya, Hasan al-Basri ra lantas bangun serta mengikuti iringan itu sehingga ke perkuburan.

Dari kejauhan, terdengar gadis kecil itu meratap hiba. "Ayahku, mengapa hari seperti ini singgah dalam hidupmu ?"

Sudah tentu ayahnya yang sudah meninggal dunia itu tidak mampu untuk menjawab rintihan anaknya.


ESOK harinya ketika Hasan al-Basri duduk di hadapan pintu rumahnya seperti semalam, gadis kecil itu berlalu. Gadis itu berlari lari anak, berlinangan air mata menuju ke kubur ayahnya. Hasan al-Basri kehairanan lantas mengikutinya. 

Tiba di tanah kuburan, Hasan al-Basri melihat gadis kecil itu sedang memeluk kubur ayahnya. Pipinya diletakkan di atas longgokan tanah. Suara kecilnya tersangkut sangkut disebalik tangisannya. 

Di dalam keadaan bersembunyi, Hasan al-Basri memerhatikan keadaan gadis itu. Disebabkan kawasan kubur itu sunyi, maka kata kata gadis itu jelas kedengaran di telinga Hasan al-Basri.

" Ayahku.. malam tadi engkau sendirian terbaring dalam kegelapan kubur ini. Tanpa lampu dan tanpa penghibur. Sedangkan sebelum ini, aku dapat menerangimu dengan lampu, kini siapakan pula yang akan menemanimu ?"
" Ayahku.. malam semalam aku membentangkan hamparan tilam buatmu, tapi kini siapakah yang akan membentangkan buatmu waktu kau tidur malam tadi. Jika malam sebelum ini aku mengurut tangan dan kakimu sehingga terasa lega dari sakitmu, tetapi kini, siapakah yang mengurutmu sekarang ? "
" Ayahku.. Jika sebelum ini dikala kau kehausan, aku memberimu minuman, siapakah yang memberikan minuman untukmu malam tadi ? Jika sebelum ini aku dapat membantumu membalikkan tubuhmu yang tua, tetapi siapakah yang membantumu semalam ?"
 " Ayahku.. Semalam aku menyelimuti tubuhmu yang tersingkap, tetapi malam ini siapakah yang menyeliputi tubuhmu. Semalam ayahku masih dapat memanggilku dan aku menjawabmu tetapi kini siapakah yang engkau panggil dan siapakah yang menyahutmu ?"
 " Ayahku.. Jika sebelum ini engkau meminta makanan, aku akan memasakkannya serta melayanimu akan tetapi adakah malam tadi kau meminta makanan ? Siapakan yang memasak untukmu sekarang ? "









BEGITULAH ratapan si anak gadis itu yang merindui ayahnya. Suatu ratapan yang mengharukan Hasan al-Basri. 

Dengan linangan air mata beliau merapati anak gadis itu serta berkata : " Anakku, janganlah kata kata sebegitu kau ucapkan, tetapi ucaplah kata kata sebegini.."

" Ayahku.. aku telah meletakkan tubuhmu yang segar bugar di dalam kubur ini, apakah masih tetap segarkah engkau atau sudah dimamah cacing ?"
" Ayahku.. Engkau telah aku kafankan dengan sebaik baik kafan, akan tetapi masihkah engkau mengenakan kain kafan itu ?"
" Ayahku, sebagaimana yang aku ketahui, bahawa orang orang alim selalu berkata semua hamba akan ditanya tentang imannya. Diantara orang yang ditanya itu ada yang dapat menjawab dan ada yang tidak. Yang aku fikirkan, apakah ayah dapat menjawab pertanyaan tersebut atau ayah hanya tinggal dalam keadaan membisu ?"
" Ayahku, alim ulama pernah berkata bahawa kubur itu dapat menjadi luas dan boleh pula  menjadi sempit. Bagaimanakah keadaan ayah di dalam kubur sekarang ?Apakah bertambah luas ataupun kubur ayah bertambah sempit ?"
"Ayahku, alim ulama berkata, bahawa kain kafan orang yang meninggal dunia itu ada yang digantikan dengan kain kafan dari syurga dan ada yang digantikan dengan kain kafan dari neraka. Kain kafan dari manakah yang ayah gunakan ?"
"Ayahku, orang alim ada berkata bahawa kubur itu merupakan secebis dari taman taman syurga ataupun sebahagian dari taman taman neraka. Yang aku fikirkan, bagaimanakah keadaan kubur ayah sekarang ? Adakah taman syurga atau taman neraka ?"
"Ayahku, alim ulama berkata,bahawa liang kubur dapat memberikan perasaan nyaman kepada mayat sebagaimana seorang anak di dalam pelukan seorang ibu namun ia jugak mampu menghimpit mayat sehingga meremukkan seluruh tulang belulang. Bagaimanakah keadaan tubuh ayah sekarang ? Adakah ayah berasa nyaman atau mendapat himpitan ?"
" Ayahku, orang alim berkata yang orang yang dimasukkan ke dalam kubur ada yang menyesal kerana di kala hidupnya dia tiada memperbanyakkan amal kebaikannya. Dia adalah orang yang derhaka dan banyak melakukan maksiat. Yang aku ingin tanyakan kepada ayah, apakah engkau termasuk dalam golongan orang orang yang menyesal kerana perbuatan maksiatmu atau kerana terlalu sedikitnya amal kebaikanmu ?"
" Ayahku,  dulu setiap kali aku memanggilmu, engkau selalu menjawab. Tetapi pada ketika ini, aku memanggil manggil namamu mengapa engkau tidak lagi menyahut panggilanku ? Engkau pada masa ini telah berpisah dari diriku dan tidak akan berjumpa lagi sehingga kiamat, semoga Allah tidak menghalangi perjumpaan antara kau dan aku."





SETELAH itu, gadis kecil itu berkata kepada Hasan al-Basri, " Wahai tuan, alangkah bagusnya nasihat tuan dan aku menyedari bahawa ratapanku ini tiada baiknya, maka alangkah baiknya jika aku rajin beribadah serta berdoa untuk keselamatan ayahku ini. Mulai saat ini aku bertaubat dan tidak akan mengulangi ratapan aku itu."

Begitulah beberapa nasihat yang diberikan oleh hasan al-Basri ra kepada seorang gadis kecil yang meratapi pemergian ayahandanya.

@ @ @









Abu Ja’far meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra. Bahwa orang mukmin itu apabila diletakkan di dalam kuburnya maka kuburnya itu dilapangkan 70 hasta, ditaburi harum-haruman dan ditutup dengan kain sutera. 

Apabila ia hafal sebagian dari Al-Qur’an maka apa yang dihafalnya itu menerangi seluruh kuburnya, dan apabila ia tidak hafal, maka ia dibuatkan cahaya seperti matahari di dalam kuburnya.

Ia bagaikan pengantin baru yang tidur dan tidak dibangunkan kecuali oleh isteri yang sangat dicintainya. Kemudian ia bangun dari tidurnya seakan-akan ia belum puas dari tidurnya itu.

Sedangkan orang kafir, maka kuburnya disempitkan atasnya sehingga tulang-tulangnya masuk ke dalam perutnya lantas didatangi berbagai macam ular yang besar sebesar leher unta, dimana ular-ular itu makan dagingnya sehingga tidak tersisa daging pada tulangnya. 

Kemudian datang kepadanya malaikat yang tuli, bisu dan buta dengan membawa cambuk-cambuk dari besi. Mereka memukulinya dengan cambuk-cambuk itu tanpa mendengar jeritan dan melihatorang itu sehingga tidak akan timbul rasa belas kasihan kepadanya. Disamping itu neraka selalu diperlihatkan kepadanya baik diwaktu pagi maupun diwaktu petang. 


* * *


Rasulullah SAW bersabda (yang artinya) : “Bersihkanlah (besucilah) sewaktu kencing, karena kebanyakan siksa kubur itu karena kencing”.

Sufyan Ats-Tsauri berkata: “Barang siapa yang banyak mengingat kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu taman dari taman-taman sorga. Dan barangsiapa yang lalai kepada kubur maka ia akan mendapatkan kubur itu sebagai salah satu jurang dari jurang-jurang neraka”.


1812
20hb Mei 2010
Klang, Selangor 
Malaysia

2 ulasan:

FAINOR MUFAKIRIN berkata...

Assalamualaikum..

Terima kasih.. :)
- FM -

ABU YAZID berkata...

waalaikumussalam warahmatullah ((^_^))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...