SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Sabtu, Jun 25, 2011

PEMISAH ANTARA AIR TAWAR DAN AIR MASIN








Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:

Dia mengalirkan dua lautan (air tawar dan air masin) (kemudian) keduanya bertemu. Di antara keduanya (ada) pemisah (yang) tidak keduanya melampaui. (Ar-Rahmaan : 19-20)

Dalam teks Arab, perkataan barzakh bermaksud suatu batasan/sempadan atau pemisah. Sempadan ini bukannya suatu pemisah yang fizikal. Perkataan Arab maraja bermaksud ‘kedua-duanya bertemu dan bersebati antara satu sama lain’. Pentafsir-pentafsir Al-Qur’an terdahulu telah tidak dapat menjelaskan dua maksud yang bertentangan bagi dua badan air ini, iaitu kedua-duanya bertemu dan bersebati, dan pada masa yang sama terdapat suatu pemisah di antara kedua-duanya.

Sains moden telah menemui bahawa di tempat-tempat di mana dua lautan berlainan bertemu, terdapat suatu pemisah di antara kedua lautan tersebut. Pemisah ini membahagikan kedua lautan ini supaya setiap lautan tersebut mempunyai suhu, tahap kemasinan dan kepadatannya yang tersendiri.Ahli-ahli oceanologi masakini telah dapat menjelaskan ayat Al-Qur’an di atas.Terdapat pemisah air yang condong yang tidak dapat dilihat di antara dua lautan ini, dan melalui pemisah ini air laut daripada suatu lautan masuk ke lautan yang lain.

Tetapi apabila air daripada suatu lautan masuk ke lautan yang lain, ia kehilangan sifat-sifat tersendirinya dan menjadi sebati dengan air laut yang lain itu. Pemisah ini seolah-olah menjadi suatu kawasan proses sebatian dan perubahan bagi air dari kedua-dua lautan berkenaan.

Fenomena saintifik yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an ini juga telah disahkan oleh Dr. William Hay, seorang saintis marin dan professor sains geologi di Universiti Colorado, Amerika Syarikat.
















Al-Qur’an juga telah menjelaskan fenomena dalam ayat yang berikut:

" Dan Dia menjadikan antara dua lautan suatu pemisah….. " 
(An-Naml : 61)

" Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dapat melampaui oleh masing-masing. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ( ar-Rahman : ayat 19,20 & 21 )


Fenomena ini berlaku di beberapa tempat, termasuk pemisah di antara Laut Meditterranean dan Lautan Atlantik di Gibraltar.

Tetapi apabila Al-Qur’an menerangkan mengenai pemisah di antara air tawar dan air masin, ia menyebut ujudnya suatu hadangan terlarang (forbidding partition) pada pemisah tersebut.

Dan Dialah yang mengalirkan berdampingan dua laut, yang ini tawar segar dan yang lain masin pahit dan Dia menjadikan antara keduanya pemisah dan batas yang menghalangi (percampuran keduanya). (Al-Furqaan : 53)

Sains moden telah menemui bahawa di muara-muara, di mana air tawar dan air masin bertemu, situasinya agak berbeda dari apa yang didapati di tempat-tempat di mana dua lautan bertemu.

Penemuan ini mendapati apa yang membedakan air tawar dari air masin dalam muara-muara ialah suatu zon ‘pycnocline’ yang mempunyai ketidaksenambungan kepadatan yang sangat ketara yang memisahkan dua lapisan tersebut. Pembatasan ini (zon pemisah) mempunyai tahap kemasinan yang berbeda daripada air tawar dan air masin tersebut.

Fenomena ini berlaku di beberapa tempat, termasuk Mesir, di mana Sungai Nil mengalir masuk ke Laut Mediterranean.


Nota:

Pycnocline adalah zon/lapisan dalam lautan di mana kepadatan air meningkat dengan cepat mengikut kedalaman laut akibat perubahan suhu dan tahap kemasinannya. Pynocline ini cenderong bersaman dengan thermocline dan halocline, dan ia memisahkan zon air permukaan lautan daripada air di dasar laut dalam.

Thermocline adalah zon perubahan suhu yang berlaku dengan cepat di antara air di permukaan laut yang panas dan air yang lebih sejuk mengikut kedalaman lautan.

Halocline adalah zon menegak air lautan di mana perubahan tahap kemasinan berlaku dengan cepat, dan ianya berada di bawah lapisan permukaan air yang tahap kemasinannya lebih merata campurannya.

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :
http://zharifalimin.blogspot.com/2010/03/lautan-yang-tidak-bercampur-satu-sama.html

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...