SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Jumaat, Ogos 26, 2011

CAHAYA DAN PENGLIHATAN




Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Mata yang paling ringkas hanya berfungsi mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Dalam kebanyakan vertebrata dan sebahagian moluska mata bertindak dengan memancarkan imej ke atas retina yang sensitif kepada cahaya, di mana cahaya dikesan dan dihantar ke otak melalui saraf optik.

Mata kebiasaannya berbentuk hampir sfera, berisi bahan seperti gel optik jernih yang dikenali sebagai gelemaca, dengan kanta fokus dan otot yang dikenali sebagai iris mata yang mengawal kadar cahaya yang masuk. Iris mata ini mengawal bukaan anak mata (pupil), iaitu bulatan hitam di tengah-tengah bahagian berwarna di dalam mata.




Di dalam Al - Quran, ada beberapa ayat di mana Allah swt mengaitkan hubungan antara cahaya dan penglihatan kita. Antaranya ialah :-

Firman Allah swt : 
" Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat. dan tidak (pula) sama gelap gulita dengan cahaya. " ( Surah Fathir : Ayat 19 & 20 )

Firman Allah swt : 
Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, hampir-hampir dia tiada dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Surah An-Nur : ayat 40) 




ANATOMI MATA 

Struktur mata manusia bergantung kepada kebolehannya menumpukan cahaya kepada retina. Setiap komponen yang dilalui cahaya adalah lut sinar untuk mengurangkan kemalapan cahaya. Kornea dan kanta akan menumpukan cahaya yang masuk ke atas retina, yang mengaktifkan suatu tindak balas kimia dan menghasilkan isyarat yang untuk dihantar ke otak.

Cahaya yang masuk dari luar akan melepasi kornea dan melalui gelemair sebelum sampai ke kanta. Gelemair membantu mengekalkan bentuk cembung kornea dan melembapkannya.

Iris (yang berwarna) terletak di depan kanta mata mengawal bukaan pupil. Seterusnya cahaya itu akan melalui gelemaca sebelum sampai ke lekuk fovea di retina. Di sinilah terletak banyak sel-sel yang sensitif kepada cahaya.
Cahaya dari objek jauh dan cahaya dari objek dekat terfokus.

Supaya cahaya boleh ditumpukan, cahaya mesti dibiaskan. Kadar biasan bergantung kepada jarak objek yang dilihat. Objek jauh memerlukan kurang biasan cahaya daripada objek dekat.

Kebanyakan biasan berlaku pada kornea yang mempunyai lengkongan kekal. Biasan lain yang diperlukan berlaku di kanta. Kanta boleh ditarik leper oleh otot, yang membetulkan kuasa kanta. Apabila seseorang berumur, dia akan hilang keupayaan untuk membetulkan tumpuan. Keadaan ini dikenali sebagai presbyopia.

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mata

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...