SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Isnin, Ogos 15, 2011

NAJIS MUKHAFAFAH







PENGERTIAN 

Najis mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu ibunya (susu yang dicampur gula atau tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).


CARA-CARA MENYUCI NAJIS MUKHAFAFAH

Memadai dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan ainnya.
Sumber 








Syariat Islam terbina di atas hikmah Ilahi menerusi fitrah kejadian manusia. Lelaki dan perempuan bukan hanya dibezakan dengan ciri biologi semata-mata bahkan berbeza secara fitrah kejadian dan hikmah fungsi kedua-duanya gender dalam kelangsungan hidup di bawah bayangan syariat. Anak ialah anugerah Ilahi kepada manusia. Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-dua anugerah Ilahi itu harus disyukuri. Setiap mereka ada kelebihan tersendiri. Bayi lelaki dan bayi perempuan mempunyai perbezaan tersendiri.

Marilah kita merenungi hakikat perbezaan ini menerusi contoh yang seterusnya. Perbezaan ini, antaranya ialah tentang kandungan kencing kedua-dua bayi itu sebelum umur mereka mencapai dua tahun yang hanya bergantung kepada susu ibu.

Perhatikan satu hadith saw yang yang bermaksud: Umm al-Qais menceritakan bayi lelakinya yang belum mencapai dua tahun dibawa kepada Rasulullah saw lalu bayi itu kencing di atas pakaian baginda; baginda meminta air lalu merenjis pakaiannya yang terkena kencing tetapi tidak membasuhnya, (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud).

Demikian pula diceritakan oleh Umm al-Fadl bahawa al-Husain bin Ali kencing di atas riba Rasulullah saw lalu aku bertanya, lalu dijawab oleh baginda air kencing kanak-kanak lelaki hanya perlu direnjiskan air dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh (riwayat Ahmad).

Kaedah menyucikan kencing kedua-dua bayi lelaki dan perempuan yang berbeza itu tentulah ketentuan syariah yang ada hikmahnya. Dalam fiqh, kencing kanak-kanak lelaki dianggap najis ringan atau mukhaffafah, berbeza dengan air kencing perempuan. 









KAJIAN SAINS

Dua orang saintis Muslim dari Universiti Duhuk Iraq yang bernama Asil Muhamamd Ali dan dan Ahmad Muhammad Saleh cuba menyelami kemungkinan hikmah yang ada di sebalik dua hukum yang berbeza itu.

Mereka mengkaji seramai 35 bayi lelaki dan 38 bayi perempuan. Air kencing mereka dianalisis khususnya analisis yang berkaitan dengan kandungan bakteria.

Kanak-kanak itu dikelaskan kepada umur masing-masingnya sebulan, dua bulan, tiga bulan dan seterusnya dengan anggapan semakin muda usianya mereka semakin bergantung kepada susuan ibu sebagai makanan mereka. Mereka menumpu perhatian kepada bacteria escherichia coli.


Keputusan yang diperoleh ialah seperti yang berikut:

a) Bagi usia 30 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 95% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki.

b) Bagi usia 60 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 91% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki.

c) Bagi usia 90 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 93% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki.

d) Bagi usia melebihi 90 hari: kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan 69% lebih tinggi daripada bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki.


Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak perempuan semakin berkurangan apabila umur meningkat manakala kandungan bakteria dalam kencing kanak-kanak lelaki semakin meningkat dengan peningkatan umur.

Menurut kedua-dua pengkaji Muslim itu, hakikat saintifik yang terlindung di sebalik syariat Islam berkaitan dengan air kencing bayi menunjukkan syariat Ilahi sangat sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Sebagai Muslim, tentulah kita yakin bahawa Pencipta yang mencipta manusia lebih mengetahui tentang fitrah kejadiannya lalu syariat diturunkan berdasar fitrah itu.














Lelaki dan wanita daripada anak Adam as berbeza sesuai dengan fitrah kejadian masing-masing. Hal ini ditegaskan dalam al-Qur’an apabila ibu Maryam yang menyangka melahirkan anak lelaki tetapi bayi perempuan, yakni Maryam yang dilahirkan.

“Tatkala ia melahirkannya lalu ia berkata Tuhan-ku, aku telah melahirkan bayi perempuan, sedangkan Allah lebih mengetahui bayi yang dilahirkan itu, dan bukanlah sama lelaki dengan perempuan, dan sesungguhnya aku namakannya Maryam…” (Ali-`Imran, 36).

Lelaki dan perempuan mempunyai keistimewaan masing-masing. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki yang lainnya, ibarat tangan kiri dan tangan kanan, seperti kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-duanya tidak sama tetapi sepadan yang diperlukan kedua-duanya untuk melangkah ke hadapan. Namun dari segi amanah dan tanggungjawab serta perintah mencari ilmu kedua-duanya diberikan hak yang sama oleh Islam sejak dahulu.

Marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat Ilahi, sama ada kita dilahirkan sebagai seorang lelaki atau seorang perempuan. Kedua-duanya mempunyai amanah dan peranan. Perjalanan yang jauh itu memerlukan langkah yang teratur, kiri dan kanan.

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari : http://www.kesturi.net/arc​hives/433

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...