Al-Quran, sebuah Kitab Yang Menakjubkan mendorong perhatian kita kepada pelbagai fenomena alam yang terjadi di sekitar kita.Ia terus-menerus mengalihkan perhatian pembacanya sejak dari hari wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW hinggalah sampai ke generasi sekarang dan mendatang untuk meneroka kewujudan Allah.
Ini mengambil contoh dan pengamatan yang ada di persekitaran dekat kita. Di sini dinyatakan salah satu contoh bagi orang-orang yang akan mengenal Allah dari fenomena pembakaran dan api kita nyalakan. Dalam ayat berikut Al-Quran menyatakan dan menegaskan bahawa;
“Tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan? Apakah kamu yang menumbuhkan pohon-pohon itu atau Kami yang menumbuhkannya? “(Al-Waqi’ah 56: 71-72).
Perhatian pembaca dialihkan ke fenomena pembakaran api dalam kaitannya dengan pohon dengan soalan siapa yang mencipta pohonnya yang menghasilkan api. Mengapa perkataan ‘pohon’ digunakan dalam Al-Quran untuk dikaitkan dengan api? Mengapa tidak Al-Quran memilih perkataan ‘kayu’ kerana api membakar kayu kering seperti yang kita amati dalam kehidupan seharian. Apa hubungan pohon dengan api yang terjadi?
Mudah untuk pembaca abad ke-7 untuk memahami bahawa api yang membakar kayu kering dan itu adalah pengamatan kita juga. Tetapi dengan pembacaan yang lebih teliti ayat itu akan bererti sesuatu yang berbeza untuk seorang yang lebih mengkhusus dalam ilmu sains dan akan mencari kewujudan Tuhan dalam penemuan-penemuan saintifiknya. Dia akan mengaju pertanyaan mengapa Al-Quran tidak menjelaskan proses yang tepat mengenai api jika ia telah mengambilnya sebagai sesuatu yang akan memandu umat manusia kepada kewujudan Tuhan.

Apa yang ilmu sains tahu bukan pokok atau kayu tetapi ‘Oksigen’ yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan semasa fotosintesis . Bentuk yang paling terkenal dari fotosintesis adalah yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi dan alga, dan beberapa cyanobacteria yang bertanggungjawab kepada sebahagian besar dari fotosintesis dalam lautan.
Semua tumbuhan hijau di muka bumi mempunyai klorofil, pewarna hijau yang mengandungi kloroplas di dalamnya. Klorofil menyerap sinar matahari dan menggabungkan karbon dioksida dan air di dalam proses yang disebut fotosintesis. Produk akhir dari fotosintesis ini adalah karbohidrat (gula) dan oksigen. Karbohidrat atau glukosa yang dihasilkan tumbuhan digunakan oleh tumbuhan tersebut untuk menghasilkan tepung, lemak, dan protein. Produk kedua dari proses ini adalah oksigen. Semua oksigen yang kita perolehi di persekitaran untuk pernafasan dan pembakaran berpunca dari proses fotosintesis. Dan semua ini yang ilmu sains telah temui adalah benar.

Ia kemudian akan berkata ‘Siapakah Allah dan bagaimana aku melihat kewujudanNya jika aku mengambil contoh dari api? Al-Quran menjawab soalan ini dengan cara yang lebih ringkas dan menunjukkan pembacanya untuk mengetahui TUHAN dari penemuan-penemuan saintifik dan dengan membaca ayat di bawah ini;
Dia telah yang menjadikan untuk kamu api dari pohon kayu hijau, maka seketika itu juga kamu menyalakan api darinya “. (YAASIIN 36:80).
Perkataan khusus dalam ayat di atas adalah perkataan ‘pohon-pohon hijau’ yang mana telah mencabar pembaca abad ke-7 untuk merenungkannya dan sebagai jawapan untuk pembaca abad ke 21 atau selepasnya. Perkara kedua yang perlu lebih perhatian adalah perkataan Arab ‘Min’ yang bermaksud “daripada” atau “berpunca dari”.
Apakah yang pohon-pohon hijau hasilkan untuk pembakaran yang mana dengannya kita menyalakan api? Apakah tidak dijelaskan bahawa akhir proses fotosintesis pada pohon-pohon hijau dengannya yang kita menyalakan api ? (Oksigen sebagai salah satu produk akhir fotosintesis adalah pengetahuan umum untuk manusia masakini tetapi untuk pembaca dari abad ke-7, fenomena ini belum dijumpai).
Terserahlah kepada kamu para ahli Sains dan ilmuwan. Apakah nama yang kamu pilih untuk itu ? Kamu memanggilnya sebagai unsur kehidupan,api atau “Oksigen”. Ini adalah satu ciri/sifat yang Allah SWT telah masukkan ke dalam pohon-pohon hijau untuk kita sebagai petanda dan pengajaran untuk memahami Allah. Jika tidak ada pohon-pohon hijau, tidak akan ada oksigen dan tidak ada pembakaran.
Orang nomad dari gurun tidak mempunyai pengetahuan tentang oksigen. Yang mereka tahu adalah pemerhatian mereka mengenai pembakaran, sama ada ianya kayu kering atau produk sampingan dari pohon hijau seperti arang atau minyak. Oksigen tidak diketahui oleh mereka tetapi mereka dicabar dengan perkataan ‘api’ dari pohon hijau dan diminta untuk mengungkap pengetahuan yang akan membawa kita kepada kepercayaan adanya Allah setelah semua penemuan ini tunduk pada kekuasaan Allah SWT yang meletakkan ciri/sifat tersebut pada pohon-pohon hijau.
Kami melihat di sini dua ciri yang luar biasa dari Al-Quran. Ciri pertama adalah bahawa ia mendedahkan kebenaran-kebenaran sains yang akan disahkan pada abad terkemudian.
Ciri yang kedua adalah bahwa Al-Quran mengungkapkan kebenaran-kebenaran itu menggunakan istilah dan ungkapan yang akan mengelakkan kebingungan para pembaca pertamanya pada abad ke 7.
Pembaca Abad ke-7 dengan mudah mengaitkannya kepada imej api daripada pohon dan seterusnya saintis abad ke-21 dengan mudah dapat mentafsirkan perkataan ‘ api dari pohon-pohon hijau’ sebagai Oksigen. Jadi Al-Quran memenuhi perasaan ingin tahu dan kemampuan mental pembaca-pembaca dari kedua-dua abad ke-7 dan abad-abad selepasnya..
Dalam mesejnya yang terakhir, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Mereka yang mendengar dariku hendaklah menyampaikan kata-kataku kepada mereka yang tidak mendengar dan mereka kepada yang lain, dan seterusnya, dan mungkin orang yang terakhir memahami kata-kataku lebih baik daripada mereka yang mendengar dariku secara langsung “.
Dalam ayat-ayat sebelumnya dari Al-Quran kita dapat mengamati fakta bahawa kata-kata Nabi Muhammad SAW itu benar. Al-Quran yang diwahyukan kepadanya adalah kitab terakhir dan mempunyai kapasiti yang menakjubkan dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan pada semua zaman, masakini dan masa depan dan bahawa Nabi Muhammad SAW telah dipilih sebagai nabi terakhir Allah yang memenuhi tanggungawab kerasulan kepada generasi masakini dan juga generasi akan datang .
Memang Al-Quran untuk semua peringkat zaman, dan untuk segala jenis manusia. Ia adalah sumber pengetahuan. Al-Qur’an menyediakan petunjuk bagi seluruh manusia untuk mencari dan mengetahui tentang Pencipta.
Allah telah mengajar manusia apa yang mereka tidak ketahui (Al-’Alaq 96: 5).
Terjemahan artikel : Fire & oxygen Oleh: Dr Inamullah Khan http://www.quranandscience .com/
Disalin dengan sedikit ubahsuai : http://assabiel.com/?p=259Dia telah yang menjadikan untuk kamu api dari pohon kayu hijau, maka seketika itu juga kamu menyalakan api darinya “. (YAASIIN 36:80).

Terjemahan artikel : Fire & oxygen Oleh: Dr Inamullah Khan http://www.quranandscience
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan