Di dalam Al-Quran, kata “Daratan” (berr, yabas) disebut sebanyak 13 kali, sedangkan kata “Lautan” (bahr) disebut sebanyak 32 kali (termasuk didalamnya untuk kategori danau & sungai). Jika kita hitung nisbahnya maka “Daratan” & “Laut” adalah 13 berbanding 32 atau dalam matematik ditulis 13 : 32. Jumlah keduanya adalah 13 + 32 = 45.
" Merujuk bentangan Daratan di bumi ini adalah 13 / 45 = 28,888 % = 29 %
dan bentangan Lautan di bumi ini adalah 32 / 45 = 71.111% = 71 %
Untuk membenarkannya melalui sains sahabat boleh merujuk Wikipedia. Berikut adalah data yang dipetik daripadanya berkenaan land (darat) dan water (air atau laut) sahaja:
148,940,000 km² land (29.2 %)
361,132,000 km² water (70.8 %)
* * *
Setelah menyusun ayat-ayat yang mengandungi kalimat laut dan darat kami mendapati jumlah mereka adalah seperti berikut:
Darat 12 ayat
Laut 39 ayat
Atau diringkaskan kepada peratus seperti bagi land dan water tadi lalu menjadi:
Darat 23.5294117% (atau 23.5%) dan,
Laut 76.4705882% (atau 76.5%)
Terdapat perbezaan antara peratus di Wikipedia dengan peratus daripada jumlah ayat-ayat yang kami kumpul. Dalam perbezaan itu terdapat ada yang meningkat (bagi laut atau water) dan ada yang menurun (bagi darat atau land). Peningkatan dan penurunan adalah dengan kiraan 5.7% (29.2 - 23.5 = 5.7 dan 76.5 - 70.8 =5.7).
Perbezaan yang nampak adalah antara data daripada al-Qur'an (diturunkan lebih 1400 tahun lalu) dan Wikipedia (dengan data terkini, menurut ukuran hari ini).
Sedia maklum iaitu paras laut meningkat dari semasa ke semasa, dan pada waktu yang sama, luas darat disempitkan dengannya. Sila rujuk artikel Sinking Feeling yang berkaitan.
Timbul satu pertanyaan pula. Mungkinkah peningkatan dan penurunan tersebut (sebanyak 5.7%) telah berlaku dalam tempoh masa lebih 1400 tahun? Dan tentu akan meningkat lebih cepat, misalan dalam tempoh 100 tahun akan datang, dengan kewujudan masalah ozone yang disebut-sebut dewasa ini.
Selanjutnya didapati kejadian kekurangan pada keluasan permukaan bumi sudah lama dimaklumkan Allah melalui ayat al-Qur'an berbunyi,
"Tidakkah mereka melihat bagaimana Kami datang ke bumi (atau darat pada hemat kami) dengan menguranginya di tepi-tepinya?" (13:41)
Ayat atau maksud yang sama didapati diulang lagi di dalam ayat 21:44. Di sini timbul pertanyaan yang serupa - mungkinkah bumi yang tepi-tepinya dikurangkan telah dikurangkan sebanyak 5.7% sehingga hari ini, bermula dari tarikh al-Qur'an diturunkan dahulu?
Sekian apa yang kami fikirkan berlaku ekoran daripada perbezaan jumlah ayat laut dan darat yang ditemui oleh tiga pihak. Betulkan mana yang silap. Terima kasih.
Allah disanjung!

Tambahan
Kiraan kami di atas berdasarkan jumlah ayat yang mengandungi perkataan laut dan darat. Baik juga dilihat kepada kekerapan perkataan-perkataan itu disebut di dalam al-Qur'an, menurut pendekatan yang telah diguna.
Kekerapan mereka adalah seperti berikut:
Darat - 12 kali disebut, dan
Laut - 41 kali.
Sementara hitungan dalam peratus bagi mereka pula adalah:
Darat - 22.6415094% (atau 22.6%)
Laut - 77.3584905% (atau 77.4%)
Maka terdapat keluasan darat pada hari ini (29.2% menurut Wikipedia) adalah lebih besar daripada keluasan mengikut kiraan berapa kali kalimatnya disebut di dalam al-Qur'an, yang diturunkan lebih 1400 tahun lalu.
Ini tidak mungkin berlaku kerana tepi-tepi bumi telah dikurangkan Allah, menurut ayat 13:41 yang diturunkan di atas.
Apapun, kiraan yang dibuat di halaman ini hanya terbit daripada pendapat bahawa peratus keluasan darat dan laut dapat diketahui dengan mengira berapa kali kalimat-kalimat itu disebut di dalam al-Qur'an. Dan ia tidak berhenti di situ. Selanjutnya, jumlah ayat-ayat mereka pula dikira.
Bagi kami amalan serupa ini baik. Yang benar harus terus dicari tanpa henti. Apatah lagi apabila didapati bahawa Allah sendiri mengambil kira segala yang dikurangi daripada bumi, dengan ia dicatat di dalam sebuah kitab yang berada di sisi-Nya. Ayat di bawah menjelaskan:
"Kami mengetahui apa yang bumi mengurangi daripada mereka; di sisi Kami ada sebuah kitab yang mencatat." (50:4)
Terima kasih kepada dua sahabat yang telah menyemarakkan perbincangan hingga sampai ke sini. Dan di sini juga adalah saat bagi kami mengundurkan diri.
Salam.
Sumber ( Klik Sini )
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan