SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Jumaat, Mei 27, 2011

PENCERITAAN KLOROFIL DALAM AL QURAN








Ia adalah satu-satunya kilang di Bumi yang menghasilkan makanan. Ia adalah bahan hijau pada tumbuhan yang menukarkan tenaga matahari, karbon dioksida dan air menjadi makanan untuk manusia dan haiwan. 


Ianya dipanggil klorofil “A”. Walau bagaimanapun, “B” dari klorofil melakukan tindakbalas kimia yang rumit dengan bantuan tenaga yang diperolehi dari cahaya matahari dan akhirnya menghasilkan gula dan kanji. klorofil ini mengambil molekul-molekul air, oksigen dan memprosesnya menjadi empat molekul hidrogen dan karbon dioksida.



Karbon dioksida dipecah,menjadikan sebahagiannya dua molekul hidrogen, air dan keduanya dicampur melalui proses tranpirasi dan yang selebihnya bercantum dengan satu molekul hidrogen, dan ianya menjadi asas pembentukan gula dan kemudiannya menjadi kanji.



Rumus di atas yang bermula oleh karbon dioksida, tenaga, oksigen dan berakhir menjadi oksigen, air, glukosa dan gula glukosa dan kemudian berubah menjadi kanji dan akan disimpan, dapat juga diubah menjadi minyak dan jika satu molekul Nitrogen ditambah padanya, maka ia berubah menjadi protein. Seluruh proses formulasi ini dilakukan oleh kilang hijau itu yang menghasilkan biji benih dan buah-buahan.



Kilang hijau ini terdapat pada setiap daun hijau, tetapi siapakah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan ini? Dan siapakah yang mencipta organ-organ tumbuh-tumbuhan tersebut?



Allah yang Maha Agung yang menciptakannya, Al-Qur’an menyatakan:



” Dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir(biji) yang bersusun-susun(banyak)… [Al-An'am 6:99]




Para pentafsir berpendapat (hijau) sebagai sesuatu yang hijau. Ibnu Al-Jauzi mentasirkan “Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir(biji) yang bersusun..” sebagai tumbuhan berwarna hijau. Pentafsir lain seperti Zamakhsyari, Baydawi, Nasafi, Abu Elsood, Alshaikhan, Al Aaloosi, Al Qurthubi dan Abu Hayan, semuanya telah bersetuju tentang pentingnya bahagian hijau tanaman dan peranannya dalam menghasilkan buah-buahan dan biji benih.



Banyak ayat-ayat lain dalam Al-Qur’an memberikan makna yang sama dan menekankan peranan penting klorofil dalam pengeluaran makanan dari tumbuh-tumbuhan. Kini ilmu sains semulajadi mendakwa telah menemui fakta ini,yang mana ianya telah dinyatakan kepada Nabi Muhammad SAW hampir satu setengah abad yang lalu.



Sumber: “The Cure is Islam”: Abdul Majid El-Zinadi
Dengan ehsan science4islam.com



Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?tag=klorofil



Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...