SE-KLIK, SEPOTONG AYAT

SAMPAIKAN WALAU SEPOTONG AYAT

DOA MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ

"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2


1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.

2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.


Sumber

WAKTU ANTARABANGSA

POST Terkini

get this widget here

Isnin, Mei 30, 2011

HAK DI ANTARA DUA JANTINA







Ada seorang doktor beragama islam, yang bekerja di sebuah hospital di negara barat. Doktor muslim ini amat disenangi serta dihormati keran amempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi biarpun kesemua pakar di hospital berkenaan dari kalangan bukan islam.

Doktor muslim ini berkawan baik dengan seorang doktor beragama kristian. Walaupun berlainan agama, namun mereka tiada masalh untuk bekerjasama di dalam usaha merawat pesakit.

Suatu hari, dua orang wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si ibu pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua melahirkan bayi perempuan.

Masalah timbul apabila akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi tersebut telah bertukar.

Peristiwa ini telah menimbulkan kebingungan di kalangan para doktor di hospital berkenaan. Bagaimana untuk mereka mengenalpasti yang mana satukah ibu kepada kedua-dua tersebut.

Doktor beragama Kristian itu teringatkan teman baiknya, Doktor Muslim. Lantas beliau bertanya kepada temannya : " Dahulu, engkau mengatakan bahawa Al - Quran ada jawapan kepada semua persoalan dan mampu menjelaskan segala sesuatu kemusykilan. Oleh itu, cuba engkau tunjukkan kepadaku cara untuk mengetahui yang mana satukah ibu kepada kedua bayi-bayi ini !"

Jawab Doktor Muslim ini, " Benar, Al - Quran telah menerangkan segala-galanya. Aku akan tunjukkan kepadamu tentang kebenarannya."

Doktor Muslim itu meminta contoh air susu daripada kedua-dua ibu yang baru melahirkan anak itu. Tujuannya adalah untuk menjalankan ujian terhadap kandungan susu tersebut.

Setelah mendapat keputusan hasil daripada ujian tersebut, Doktor Muslim tanpa ragu-ragu memberitahu bahawa si ibu yang tinggi kandungan garam dan mineral di dalam air susunya adalah ibu kepada bayi lelaki manakala kandungan mineral yang rendah bermakna wanita tersebut adalah ibu kepada bayi perempuan.

Doktor Kristian itu kehairanan lalu bertanya. " Berdasarkan apa engkau berjaya mendapat keputusan mengkagumkan itu ?"

Lalu Doktor Muslim itu membacakan sepotong surah an-Nisa ayat 11 yang membawa maksud : " Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai wasiat buat anak-anakmu di mana bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai dua bahagian anak perempuan." ( Surah an-Nisa : 11 )










Doktor Muslim itu menerangkan kepada rakannya, " Melalui ayat ini, Allah menjelaskan bahawa satu bahagian lelaki bersamaan dengan dua bahagian perempuan. Bermakna bahagian lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita."

" Perbandingan kadar garam dan mineral pada air susu kedua-dua ibu tersebut sudah jelas menunjukkan bahawa kandungan yang terdapat di dalam air susu ibu lelaki dua kali ganda banyaknya berbanding susu ibu bayi perempuan. Inilah membuktikan siapa ibu kepada bayi-bayi tersebut."

Disalin dgn sedikit ubahsuai dari Majalah Mastika, April 2011

Satu lagi versi saya jumpa di blog
http://halawatuliman05.blogspot.com/2011/01/kisah-susu-ibu.html


Wallahua'lam

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...